berita

Tak Sampai 2 Bulan, Pantai Seberang Takir Diceroboh Peniaga. Siap Ada Bangsal Goreng Pisang!

May 3rd, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Walaupun belum beroperasi sepenuhnya, jambatan angkat yang terletak di negeri Terengganu sudah mula menjadi tumpuan ramai orang. Malah, ramai yang mula berkunjung ke Pantai Seberang Takir semata-mata untuk bergambar berlatarkan belakangkan jambatan ikonik yang menyerupai jambatan terkenal dunia Tower Bridge, London.

Namun, apa yang menyedihkan mentaliti segelintir penjaja yang mengambil kesempatan dengan memacak gerai mereka tanpa lesen. Alahai siap ada orang buat bangsal jual goreng pisang lagi.

Kampung mu ada?

Kalau sebelum ini, video berdurasi 17 saat ini menimbulkan kemarahan orang ramai gara-gara tindakan kawannya membuang sampah di pantai itu.

Hari ini, timbul lagi satu isu dimana tindakan tidak bertanggungjawab penjaja berniaga tanpa lesen sekitar pantai yang boleh mencacatkan pemandangan sekitar pantai.

Mencacatkan pemandangan

Menerusi status terbaru Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus di facebook, pihak mereka meminta kerjasama untuk mengosongkan tanah kerajaan itu atau mereka akan dikenakan denda.

Amaran keras buat penjaja

\

“Pihak penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus telah mengeluarkan notis amaran bagi mengosongkan tanah kerajaan yang diceroboh di Pantai Seberang Takir.

Tindakan meroboh /mengalih akan dilaksanakan sekiranya pemilik mengabaikan notis amaran yang diberikan.”

Ramai sokong tindakan kerajaan

Sumber : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

SKIP THIS AD ×