berita

‘Tak Sampai 2 Minit Je Benda Berlaku Dengan Sekelip Mata…’

October 27th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itu lah ungkapan paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dialami Syakira Abu Samah apabila anak perempuannya, Nana secara tiba-tiba telah dipatuk ular berbisa ketika sedang berehat di ruang tamu. Lebih meruntun hati apabila melihat Nana terpaksa menanggung kesakitan ketika usianya masih kecil.

Sedang berehat di ruang tamu

Pada 24/8/20 jam 3.45 pm bersamaan hari Isnin. Satu peristiwa hitam telah berlaku atas anak dara tersayang aku. Kejadian berlaku selepas aku tinggalkan Nana (nama manja) dengan wan nya dekat ruang tamu. Tak sampai 2 minit je benda berlaku dengan sekelip mata. Lepas siap keluar dari toilet, aku terus ke depan sambil menyanyi. Aku tengok keadaan seperti kelam kabut dan huru hara. Tiba-tiba Nana menangis tiba-tiba sambil peluk aku dan cakap Nana kena patuk ular. Aku terus campak barang dekat tangan dan jantungku degup kencang.

Aku nak tengok makhluk Tuhan tu, lalu aboh aku marah suruh cepat pergi hospital. Aku pangku Nana masuk bilik sambil tenangkan dia dan bagi dia minum air masak. Aboh dan mak aku duk bergabung membunuh makhluk itu. Anak teruna aku jensi plebey orangnya, die tak boleh tengok adik dia nangis, die pun nangis. Mujur aku tak nangis sama. Aku jadi tak ada perasaan time tu. Yang aku nak cuma nyawa Nana selamat.

Aku pakai capai je kain baju tudung tanpa aroh dah. Phone maklumat ic anak mak semua dalam satu beg yang sedang bergayut. Aku start enjin Blacky aku, ingat bawa Nana je, rupanya Am dan aboh aku nak follow sama. Aku sampai klinik kesihatan Sanggang kul 3.50pm, drift tak drift nya aku time tu. Anak teruna aku main peranan layan Nana dengan bagi phone tengok youtube.

Nana dimasukkan ke wad kecemasan

Masuk bilik kecemasan, MA dan doktor terus cek-cek dan soal jawab untuk maklumat lengkap. MA terus bagg injection. Meraung bukan kepalang si Nana. Abang Am sentiasa di sisi menemani Nana. 2 ketui aku ni memang rapat, tapi rapat bukan tak pernah gaduh-gaduh manja tu kan. Doktor cakap kena ke hoshas, sementara menunggu ambulans tiba, aboh aku balik umah untuk ambil makhluk yang dah mati tu untuk dibawa ke Pakar Ular dan kecemasan hoshas sebagai bukti dan untuk mengenalpasti jenis vaksin antevenom yang sesuai.

5 minit kemudian, ambulans pun tiba. Satu adegan airmata telah berlaku. Nana nak abang Am ikut. Am nak aku. Die mana boleh pisah dengan aku. Dia nak ikut, dah melangkah masuk ambulans. Aku langsung tak keluar air mata, bukan tak sedih tapi tak nak tunjuk dekat 2 ketui aku ni. Sebelum battery kong, sempat call husband aku Fitri Alwi, suruh pulang dengan segera dan terus ke hoshas. Akhirnya Am pasrah ikut akinya pulang dengan tangisan air mata.

Dalam ambulans, entah kenapa aku macam duk dalam bilik kebal. Tak kisah lah janji nyawa Nana selamat dan cepat smpai hospital je yang aku nak. Dengan keadaan time tu jem nya depan PPD tloh, lepas tu dengan lorinya macam tak mau bagi laluan, aku istifar banyak-banyak dalam tu sambil usap kepala Nana. Sepanjang perjalanan ke hspital, Nana langsung tak ada muntah atau menangis yang tak henti-henti. Aku taw Nana kuat! Sampai hospital, terus ditolak ke kecemasan dan masuk red zone. Sambil cek Nana sambil ambil maklumat aku dan Nana. Nana terus meraung bila nampak sekumpulan doktor dan nurse kerumun dia. Aku mula penat.

Kenalpasti jenis ular

Husband call dan aku suruh dia masuk. Nana nampak muka papa lagi tambah meraung. Papa tenangkan Nana. Bila dah dikenal pasti jenis ular dan antivenom tu, doktor pun masukkan ubat dalam badan Nana. Dari jam 4 sampai jam 8malam aku duduk dalam kecemasan. Ubat last sekali tu memakan masa selama 1 jam untuk ngabiskn yek. Aku cuba kuat buat Nana.

Bermula lah malam pertama ku di katil Hoshas bersama Nana dalam ward Melor 2. Aku dah mula ngantuk, time tulah pas sorang doktor sorang doktor mai kumpul maklumat kan. Aku tahantahan je mata ni, sambil tidokn Nana sayang. Nana badan halus maka dibaginya katil baby tu bukan katil orang dewasa. Aku ni dah lah badan nya slim, redhaaajelah. Nak tido bawah, Nana tak boleh berenggang. Mula dia menangis 1 ward dengar. Lepastu dengan doktor kacaunya, lagi lah.

Esoknya seisi kenalan. Rupanya depan katil aku, budak usia 9bulan, pun sma kejadian macam Nana. Aku tengok baby tu sangat aktif. Segala-gala ya aktif main makan minum air bagai lah. Aku tengok ibunya pun ceria. Nak dibandingkn dengan Nana, moody sepanjang masa. Ikutkn stress juga. Tapi aku ni jenis kaki borak, cari lah teman berborak. Baby tu dah 6 hari masa aku masuk ward tu. Tunggu masa nak operate buang bisa. Aku cakap sendiri, jadi lama lagi lah Nana ni nak keluar ward. Baby tu pun 6 hari tal ada buat apa-apa tindakan pun.

Hari pembedahan

Boring, rindu, meloya timbul. Stress bukan sebab apa, Nana ni langsung tak bagi aku pergi mana-mana, nak kena ngadap muka die 24jam weh. Nak mandi makn pun tunggu waktu dia tido. Tapi tengah dia tido doktor selalu kacau. Aku plok kena rushing mandinya. Tambah stress, hahaha. Lepastu Nana kena bebel dek aku lah kan. Geram. Sehari-sehari doktor cek pembengkakan tu semakin naik atau semkin surut. Alhamdulillah, bengkaknya semkin surut.

Hari ke4, doktor pakar kanak-kanak, pakar Ular dan pakar Otho kata putus untuk buat operation buang bisa. Wakil Pakar Otho datang dekat aku, dan minta sain untuk buat operation. Aku terus turunkan autograph aku. Husband aku pun kata On aje nyawa anak dara kesayangan aku dan dia kot. Hari yang dinantikan sudah tiba. Aku pula yang nervous ko. Mana tak nya aku 2x kena czer dan 3x jahit kot. Thats why Nana ni kuat orang nya.

Nana kena puasa, sampai aku pun puasa juga. Tak mau makan depan dia, sian nanti die pun nak. Aku dan Nana bersiap dalam pukul 7 dah stanby semua. Lama gila menunggu bilik Ot call. Aku dan lah terlena sat. Nana aku memang bagi die phone untuk hiburkan dia masa dekat ward aje lah. (dekt umah aku jarang lah nak bagi) Pukul 10 lebih bilik oT call suruh turun. Ya Ampun, aku bayangkan aku yang nak kena operate. Nana dengan moody dia tulah. Husband aku siap nunggu dekat ruang menunggu OT tu sambil bawa air milo untuk aku. Tak dan dan tak ada perasaan pun nak minum, sorry papa.

‘Aku kena kuat, baru Nana pun kuat’

Nak ceritakan bila dalam bilik OT ni, aku ada pesanan seorang ustazah iaitu ibu baby yang kena ular tu lah. Dia pesan jangan layan sebarang mesej atau bahan lain. Fokus baca surah Maryam sampai habis. Nana dipujuk oleh nurse oT dan bagi mainan. Lepastu die bagi ubat tido, Nana lembik dipngkuan ku. Aku cium dan berlalu keluar diruang menunggu terus membaca surah Maryam. Usai, aku terus dipanggil oleh male nurse duduk di sisi Nana yang diletakkan bawah rawatan haba. Masa ni ikutkan nak jeritan batin dah, tapi aku tenangkan hati dan panggil Nana perlahan-lahan, berakap dengan dia, geletek-geletek dia, usap-usap dan main pipi dia sambil mata aku tengok arah mesin ctg kat atas tu.

Allahu. Aku kena kuat, baru Nana pun kuat. Ayat last nak bagi dia sedar aku cakap Papa ada dekat luar dan kita nak beli kucing ni Nana. Alhamdulillah dia sedar dan sebut memi, papa mana? Aku sebak dan senyum saja. Alhamdulillah selamat. Aku dah tukar uniform, nurse tolak aku dan Nana ke ward Melor 2 semula. Nana drama nak ada Papa. Jadi papa pun follow belakang. Sampai-sampai ward, aku bagi papanya bonding time dengan Nana. Ni lah masa aku cari port untuk borak.

Tak lama tu, Nana dah mula nak aku. Aku pun tukar shift dengan papa nya. Ya Allah tak ku sangka, Nana yang moody sebelum ni dah bertukar wajah. Banyak cakap, panggil2 doktor dan nurse, suka borak dengan orang katil sebelah dan ada sorang akak tu dia panggil Nenek. Nenek tulah rajin melayan Nana bila aku pergi ambik air, kain baju, pergi toilet bagai. Lepas kena operate, semestinya kena cuci pulak kan. Aduiii Nana pun. Tuhan saja yang tahu pengorbanan seorang ibu terhadap anak yang tengah di uji dengan kesakitan ini. Aku tak boleh tengok luka Nana, tak boleh. Doktor suruh tengok, aku dah pesan Doktor buat jela camne sekalipun. Janji lukanya baik. 2 hari lepas operation, aku ditukarkn katil ke lorong depan sikit. Still Melor 2. Masa nilah aku jumpa geng yang bagi aku satu senyuman. Rupanya senyuman itu tak sampai aku discharge.

Alhamdulillah semuanya selamat

Malam hari ke3 tu, aku kena tukar Melor 1 plok. Aduiii duduk dalam bilik weh, sejuknya sampai ke tulang. Bila pagi, aku siap-siap kan Nana sebab pakar Otho nak datang tengok luka. Potpet2, aku cakap tak larat lah duk bilik ni, sejuk sangat. Rupanya aku dapat discharge dah petang tu, hehehe. Maka senyuman ku kembali tersenyum. Sebelum pulang 2 org akak aku lah penghibur aku dan Nana. Mereka jela yang dapat lihat aku dan Nana masa aku cek in hoshas. Tq makjang dan makteh. Buat anak teruna aku, rindunya tiada berpenghujung. Kesian dia.

Dah discharge, Nana kena hari-hari dressing. Cerita bab ni aduii memang airmata darah lah kuar. Nak kena dressing mesti ada abg Am disisi dia. Apa-apa mesti Abg Am. Abg Am juga lah menjdi assistant aku untuk daftrakn Nana. Hari-hari kerja die tolong dafatrkn dan bawa air ubat masuk bilik kecemasan. Hari2 teman, die jadi boring juga, heheh. Mana tak nya Nana punya tangisan tak boleh makan pujuk. 3 minggu hari2 kena dressing, lepastu 2 minggu 3x seminggu, pastu sehari seminggu.

Bila semakin kecik hari kena pergi drssing, aku cakap kat KK kitorang buat sendiri jelaa. Kadang-kadang je pergi kK. Kalau dekat rumah, papa dia jadi MA untuk keluarga. Hari 24/10/20, genaplah 2 bulann peristiwa hitam manis buat Nana. Alhamdulillah semuanya selamat dan kini tinggal parut yang cantik. Terima kasih doa-doa sahabat saudara mara dan kaum keluarga khususnya yang mndoakn anak dara aku Naira Nur Aleena. Terima kasih juga pihak nurse dan doktor Pead dan Ortho, nurse dan MA Kk sanggang. Segala pertanyaan korang sebelum ni aku dah jawabkan. InsyaAllah kenduri doa selamat dan kesyukuran lepas covid reda.

Sumber: Syakira Abu Samah

SKIP THIS AD ×