berita

Tak Sampai 24 Jam Bergelar Isteri, Dah Jadi ‘Janda’…

July 6th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan mereka kekal selama-lamanya. Tetapi tidak semua orang berpeluang merasai kebahagiaan itu.

Begitulah yang dilalui wanita ini apabila si suami disahkan meninggal dunia akibat dipukul oleh empat orang rakannya.Lebih menyedihkan apabila mengetahui kejadian cemas itu berlaku di majlis perkahwinan mereka.

Tak sampai 24 jam kahwin

Sekadar gambar hiasan

Insiden tersebut dipercayai berlaku pada 2 Julai 2021 yang lalu di Shanxi, China. Difahamkan, pada awalnya, majlis perkahwinan yang dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan itu telah berlangsung dengan cukup meriah. Namun pada suatu ketika keadaan di majlis tersebut tiba-tiba menjadi kecoh selepas empat orang tetamu yang juga merupakan rakan universiti pengantin lelaki bertindak agresif sehingga menimbulkan pergaduhan.

Keempat-empat suspek ini kemudian memukul pengantin lelaki berkali-kali sehingga mangsa pengsan. Berikutan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keesokan harinya, mangsa masih belum sedar.

Empat suspek dipenjara

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, meskipun mangsa telah dipindahkan ke tiga hospital yang berlainan tapi malangnya keadaan kesihatan mangsa masih merosot. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada tengkorak kepala.

Siapa sangka, tidak sampai 24 jam bergelar isteri, wanita ini terpaksa menjalani kehidupan sendirian tanpa kehadiran suami disisi. Difahamkan, pihak polis juga telah menahan keempat-empat suspek yang terlibat dan mereka kemungkinan akan dijatuhi hukuman penjara 3 hingga 7 tahun atas kesalahan membunuh.

Sumber: World Today News, Tribunnews

SKIP THIS AD ×