berita

Tak Sampai 3 Tahun Laptop Dah Rosak? Huawei Ada MateBook 14 Yang Akan Ubah Hidup Korang!

October 26th, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

  

Kalau korang dibesarkan dalam keluarga yang ramai mesti korang dah biasa dapat barang peninggalan abang atau kakak korang kan? Seronok tau dapat barang free! Tapi yang tak bestnya bila laptop pun korang dapat yang dah dipakai, tak boleh guna untuk jangka masa panjang pulak tu! Terpaksalah kumpul duit untuk beli yang baru. 

  

Sebelum membuat pembelian, penting untuk korang pertimbangkan 3 benda ni dulu tau. Pertama sekali, tahap ketahanan bateri, Kedua, seberapa laju ia boleh memproses data dan dalam masa 3 tahun lagi, laptop tu masih berfungsi dengan baik atau bakal jadi hiasan purba je dekat rumah korang?

Biasanya proses pemilihan laptop lebih mudah kalau korang ada bajet yang banyak. Namun, agak sukar sekiranya korang hanya mampu untuk belanjakan sekitar RM4000 dan ke bawah bagi sesebuah laptop tanpa perlu mengorbankan beberapa spesifikasi penting. Tapi..

Jangan stress sebab sekarang dah ada HUAWEI MateBook 14! Si elegan dengan tahap prestasi yang hebat!

HUAWEI MateBook 14 adalah produk range pertengahan yang paling sempurna kerana ianya hadir dengan kesemua spesifikasi yang korang perlukan. Dilengkapi dengan paparan FullView dan banyak lagi ciri-ciri hebat lain, menjadikannya jauh berbeza dengan peranti lain dalam lingkungan harga yang sama. Kami sangat yakin HUAWEI MateBook 14 bakal memudahkan urusan harian korang!

Biar kami kongsikan 6 sebab kenapa HUAWEI MateBook 14 boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama.

1. Prestasi chipset yang jauh lebih hebat berbanding komputer riba lain dengan harga yang sama

Kalau korang perasan, kebanyakan laptop yang digunakan untuk bermain game atau kerja-kerja penyuntingan video adalah jauh lebih mahal dan berat betul tak? Ini kerana ia dilengkapi dengan chipset berprestasi tinggi. Sementara kebanyakkan laptop yang digunakan untuk kegunaan biasa di pejabat adalah lebih ringan dan nipis.

Bagaimanapun, Huawei kini tampil selangkah kehadapan dengan memperkenalkan komputer riba ultra-mudah-alih pertama dilengkapi dengan chipset beprestasi tinggi setanding apa yang digunakan untuk gaming laptop. Malah, ia juga didatangkan bersama AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor dan 16gb RAM! Hebat!

Sekarang korang tak payah risau dah bila perlu berhadapan dengan kerja yang melibatkan gambar, video berskala besar, lukisan kejuruteraan mahupun permainan video 4A. Semuanya akan lebih lancar dengan HUAWEI The MateBook 14.

Ohh markah bonus! Sebab ia juga mempunyai dua kipas HUAWEI Shark fin, ia merupakan sistem peleraian haba yang pantas tanpa menghasilkan sebarang bunyi bising yang boleh mengganggu fokus korang ketika bekerja. Fuhh dasyat betul!

2. Satu-satunya laptop dengan paparan 2K FullView dengan harga yang berpatutan

HUAWEI MateBook 14 adalah satu-satunya laptop seumpamanya yang mempunyai skrin sentuh penuh beresolusi 2K. Tak kisahlah sama ada korang gunakan ia untuk menyunting gambar atau hanya menonton filem, semua ni akan jadi lebih jelas dengan resolusi paparan 2K FullView.

HUAWEI MateBook 14 juga membolehkan lebih banyak teks dipaparkan apabila korang menggunakan perisian pejabat dengan aspek nisbah 3:2. Selain itu, skrin HUAWEI MateBook 14 telah diiktiraf selamat oleh TÜV Rheinland kerana kebolehannya untuk mengurangkan bahaya blue light bagi melindungi mata korang.

3. Huawei Share – Telefon pintar dan PC kini boleh disatukan!

Pernah tak korang sibuk sangat bekerja sampai tak perasan ada panggilan penting masuk ke telefon korang? Haa workaholics mesti selalu macam ni kan? Tapi sekarang dengan aplikasi Huawei Share korang boleh jawab panggilan secara langsung daripada laptop tanpa memerlukan sebarang kabel. Malah, korang juga boleh mengemas kini semua jenis fail dalam telefon pintar korang melalui laptop. Weh cool kan!

4. Power button dia memang power guys! hanya perlu gunakan imbasan cap jari!

Siapa lagi yang rasa renyah bila kena masukkan kata laluan setiap kali nak hidupkan laptop? Dengan HUAWEI MateBook 14 semua tu dah tak perlu lagi! Sebab ia dilengkapi dengan pegimbas cap jari pada butang ‘Power’nya. Lebih cepat dan mudah!

5. Hanya perlu satu pengecas untuk laptop dan juga telefon pintar! 

Pengecas poket HUAWEI MateBook 14 betul-betul boleh dimuatkan dalam poket korang tau! Kecik dan mudah di bawa kesana-sini. Paling best pengecas ni juga boleh digunakan untuk peranti Huawei yang lain seperti tablet dan telefon pintar. Tak payah dah korang nak sumbat banyak-banyak kabel dalam beg lepas ni.

6. Reka bentuk elegan untuk korang yang mahu tampil stylish!

Hmm nak laptop yang cantik atau ada spesifikasi hebat? Dengan HUAWEI MateBook 14 korang boleh dapat kedua-duanya sekali! Sebab ianya direka secara minimalis dengan perincian yang sempurna. Hadir dalam warna Space Grey, ia juga dilengkapi dengan badan yang diperbuat daripada aluminium berketahanan tinggi yang tahan lasak.

Spesifikasi saiz

  • 1.49 Kg (berat)
  • 14 inci (lebar)
  • 15.9mm (tebal)

Amacam guys, puas hati tak dengan spesifikasi HUAWEI MateBook 14 yang power teruk ni? Memang inilah laptop yang korang perlukan geng. Harga murah, spesifikasi mantap. Tak ada alasan dah kenapa HUAWEI MateBook 14 bukan pilihan yang unggul.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14, korang boleh terus ke laman web rasmi HUAWEI di sini.

SKIP THIS AD ×