berita

Tak Sampai 30 Minit Meniaga Kena Saman MBSA, Pelajar Ini Bakal Dibantu MB Selangor

October 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam tular sebuah video di Twitter, mengenai seorang pemuda yang menjual air di tepi jalan di Shah Alam, telah disaman oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kisah tular itu telah mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Disaman ketika berniaga

Menerusi video berdurasi 56 saat itu menunjukkan Azri dan rakannya Iszlgrn sedang menjual air di satu kawasan di Shah Alam. Namun, tidak sampai setengah jam berada di situ mereka telah disaman oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebanyak RM 300 walhal ketika itu jumlah jualan hanya RM 75.

Video tersebut, menceritakan Azri sedang mencari duit lebih bagi membiayai kos perbelanjaan apabila masuk semester baharu nanti. Kehadiran seorang warga emas yang memberikan kata-kata semangat kepada Azri memberikan nafas lega kepadanya dan wanita itu turut mempersoalkan tindakan MBSA ketika itu.

Perkongsian video itu telah meraih 26.8k retweet dan 27.9k likes.

Menteri Besar mahu tolong

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga telah dihubungi untuk membantu memudahcara lelaki tersebut berniaga di sekitar Shah Alam.

Menerusi laporan Malaysia Gazzete, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari hari ini telah menghubungi Azri, yang disaman semalam, bagi mendapatkan maklumat lanjut. Selepas ini, Azri akan dibantu untuk menjalankan perniagaan di sekitar Shah Alam.

Sumber: Malaysia Gazzate & Iszlqrn

SKIP THIS AD ×