
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap industri seni ekoran berita yang diterimanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim Selesa Berpakaian Sopan – ‘Saya Ada Anak, Seorang Isteri & Ini Tanda Hormati Diri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim Mahu Anak Membesar Seperti Kanak-Kanak Lain – ‘Biarkan Dia Menjadi Budak’
Kecewa dengan industri seni
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sarimah memaklumkan dirinya menerima berita yang tidak menyenangkan.
Sarimah mengakui perkara itu sudah tidak lagi mengejutkannya selepas hampir tiga dekad meniti dunia industri.
Baru terima berita ‘tumpah teh’ (spill tea).
Walaupun tidak mengejutkan sebab saya dah hidup di realiti ini hampir tiga dekad tapi masih kecewa dengan industri.
Saya terima, Alhamdulillah. Allah mengetahui lebih baik.
Pada akhirnya, bakat sebenar dalam industri adalah anugerah, amanah yang tidak boleh dibeli atau dijual oleh sesiapa.
Sementara itu, Sarimah memilih untuk simpan sendiri kerana enggan memberi kesan kepada pihak yang terlibat.
Saya harap dapat beritahu berita itu.
Tapi tak sampai hati sebab nanti ada yang terus lemas.
Sumber: Threads @sarimahibrahim