berita

Tak Sampai Hati Tengok Sampai Habis Video Murid Sekolah Ini Kena Sepak Terajang

February 15th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Viral sebuah video rakaman berdurasi 1 minit 26 saat menyaksikan perlakuan buli murid lelaki sekolah rendah. Seorang murid lelaki itu hanya mampu berdiri tegak dan menahan kesakitan akibat diterajang  dan ditumbuk sekumpulan pelajar lelaki lain.

Menurut laporan Metro, mangsa dibuli rakan sekelasnya ketika waktu rehat dan kejadian itu dirakam seorang murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Kes ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan masih dalam siasatan.

Disepak dan ditumbuk rakan sekelas

https://www.facebook.com/ohmymedia.cc/videos/vb.1468940343419769/310550002931836/?type=2&theater

Perlakuan buli ini berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kawah, Besut dan dipercayai tiga murid Tahun Enam berpakaian seragam badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia bertindak menyepak dan memukul mangsa.

Kelihatan mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiri tidak melawan dan disepak di bahagian paha serta bahu selain ditumbuk di belakang badan dan perut.

Sesi kaunseling terhadap murid berkenaan

Bagaimanapun, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah menyerahkan kes buli dalam kalangan pelajar ini kepada pihak polis. Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dibuli rakan sekelas sewaktu rehat dan kejadian tersebut dirakam seorang murid yang membawa telefon bimbit.

Kes ini kami serahkan kepada polis untuk siasat kerana keluarga mangsa sudah membuat laporan mengenainya. Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah menjalankan sesi kaunseling untuk murid mangsa buli berkenaan. Punca mangsa dibuli masih dalam siasatan polis.

Pantau murid pada waktu rehat

Susulan kejadian itu, pihak sekolah berkenaan perlu meningkatkan pemantauan terhadap murid dan mengetatkan pemeriksaan supaya tidak ada murid membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kami minta pihak sekolah pantau murid terutama pada waktu rehat dan melakukan pemeriksaan lebih kerap mengelakkan murid membawa barangan dilarang seperti telefon bimbit ke sekolah. Ibu bapa perlu bertanggungjawab memastikan anak mereka mematuhi peraturan sekolah.

Walaupun kami dimaklumkan murid berkenaan membawa telefon bimbit bagi memudahkan komunikasi dengan kedua ibu bapanya berikutan masalah pengangkutan, ia tetap tidak dibenarkan dan menjadi satu kesalahan. Murid boleh menggunakan telefon di pejabat.

Mangsa berkenaan mengalami kesan lebam di bahagian kaki dan tangan akibat dipukul dan disepak rakan sekelasnya. Murid berkenaan sudah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut petang ini untuk membantu siasatan.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×