Beberapa bulan lalu, nama penyanyi muda dari Indonesia iaitu Tegar Septian menjadi bualan hangat warganet selepas dia sah bercerai sejak Jun lalu. Dia kemudian menjalinkan hubungan dengan seorang wanita bernama, Olla Putri Octaviani.
Artikel Berkaitan: Lepas 5 Bulan Cerai, Bekas Isteri Tegar Kongsi Foto Mesra Dengan Lelaki Lain?
Artikel Berkaitan: Tegar ‘Live’ Bersama Kekasih Baru, Netizen Puji Bekas Isteri Tenang & Matang
Namun baru-baru ini, Tegar dan Olla dikatakan sudah berpisah selepas sebulan bercinta.
Baru sebulan bercinta, dah curang?
Olla Putri Octaviani memaklumkan perkara itu di laman Instagramnya. Dakwa Olla, dia dah Tegar sudah berpisah dipercayai disebabkan orang ketiga. Penyanyi Tegar Septian yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ itu dikatakan curang dengan wanita lain. Merasakan dirinya tidak dihargai, Olla membuat keputusan untuk berpisah dengan Tegar selepas sebulan mereka menjalinkan hubungan cinta.
Jangan ditanya lagi tentang Tegar sebab kami berdua sudah putus! Tolong ya. Ceritanya yang gatal ialah Tegar! Jadi baik putuskan hubungan sebab rasa tidak dihargai lagi.
Menerusi hantaran lain di InstaStory, Olla turut membuat permohonan maaf kepada wanita yang didakwa merupakan kekasih baharu Tegar iaitu BabyNa. Menurut Olla, BabyNa tidak bersalah dalam hal ini.
Saya minta maaf kepada BabyNa kerana menuduh awak gatal dengan Tegar semalam kerana saya salah faham.
Dakwa Olla lagi, Tegar juga sudah menyekat akaun Instagramnya dan tidak tahu mengapa Tegar berbuat demikian. Sementara itu, Tegar tidak memberi kenyataan balas berhubung isu berkenaan dan hanya memuat naik satu hantaran di InstaStory dengan menulis ‘Selamat Tinggal’.
Sumber: Olla Putri Octaviani