berita

Tak Sampai Seminggu Dilancarkan, Arca Penyu Di Melaka Ini Dah Jadi ‘Port’ Berkelah!

January 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini negeri Melaka, memperkenalkan satu lagi tempat tarikan yang sesuai dikunjungi oleh pelancong yang berlokasi di Pengkalan Balak. Arca-arca penyu bersama telur-telurnya disusun rapi di persisiran pantai tersebut memberikan ‘simbolik’ kepada pantai itu sendiri.

Namun, walaupun arca-arca penyu itu baru sahaja dilancarkan, wujud segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab melakukan ‘vandalisme’ terhadap harta benda awam itu.

Common sense mana?

Foto: Negeri Sembilan Info Kini

Penyu Melaka. Kesian la kat orang lain nak bergambar. Dah jadi port picnic and tempat duduk, siap letak makanan lagi kat atas telur penyu tu. Belum seminggu arca penyu tu siap. Common sense mana,
Wahai Malaysian? Low mentality sangat ini.

Seperti gambar tersebut, menunjukkan beberapa pengunjung yang datang duduk di atas arca penyu tersebut. Tidak berakhir di situ, kawasan tersebut juga dijadikan sebagai meja dan ‘port’ berkelah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pendapat mereka pemikiran kelas ‘ketiga’ seumpama ini sepatunya diubah kerana perkara tersebut melambangkan identiti rakyat Malaysia.

Malahan, ada yang mencadangkan supaya Majlis Perbandaran kawasan tersebut, meletakkan ‘memo’ sebagai tanda peringatan kepada pengunjung yang tiba.

Sumber: Negeri Sembilan Info Kini

SKIP THIS AD ×