berita

Tak Sampai Seminit Buka Mask, Pelakon Lelaki Didenda RM1,000

November 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara membuka pelitup muka di tempat awam walaupun tidak sampai seminit, seorang pelakon lelaki Mustaqim Bahadon mendakwa dirinya dikenakan denda RM1,000. Kisah itu dikongsikan oleh Mustaqim di laman Instagramnya.

Kena denda RM1,000

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, kejadian tersebut berlaku ketika aktor yang dikenali dengan nama Mustaqim Bahadon berada di hadapan kedai gunting rambutnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, ketika itu dia berada di luar kedai untuk menghisap vape sebelum disapa pihak berkuasa.

Saya sedang menunggu giliran untuk gunting rambut sebenarnya. Sementara menunggu pekerja saya menggunting rambut pelanggan, saya keluar dari kedai yang hanya dua langkah sahaja untuk menghisap rokok elektronik (vape).

Tak sampai seminit, saya disapa oleh pihak berkuasa yang meminta kad pengenalan dan terus mengeluarkan saman terhadap saya.

‘Saya silap sebab tanggalkan mask sekejap’

Mustaqim mendedahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram

Sementara itu, pihak berkuasa terbabit menjelaskan kepada Mustaqim bahawa denda tersebut dikenakan kerana dia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam.

Mendengar penjelasan itu, Mustaqim memberitahu mereka bahawa dia hanya menanggalkan pelitup muka itu dalam tempoh yang sangat singkat iaitu tidak sampai seminit. Tambahan pula, dia bukanlah berada di tempat sesak sebaliknya hanya dia seorang sahaja berada di luar kedai tersebut.

Saya tak salahkan pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas. Selama ini saya memang ikut SOP dan pakai pelitup muka bila berada di tempat awam, cuma nasib saya tidak baik pada waktu kejadian.

Dalam kesempatan itu juga, Mustaqim menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi semua peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Kosmo Online, Mustaqim Bahadon

SKIP THIS AD ×