berita

Tak Sanggup Tengok Murid Berlapar, Guru Guna Duit Sendiri Buat Projek Makanan Percuma

July 22nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang guru mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma buat pelajar-pelajarnya yang kurang berkemampuan di sekolahnya. Guru Bimbingan dan Kaunseling yang hanya dikenali sebagai Maisarah Hannan memulakan projek tersebut sejak Mac 2018 dan mendapat sokongan penuh guru-guru lain di sekolahnya yang turut menghulurkan sumbangan.

Tiada murid berlapar

Kami kembali setelah bercuti lama. Terima kasih penyumbang sebab buat mereka gembira. Moga kalian sentiasa dalam rahmatNya. Tiada murid yang harus berlapar

Menurut laporan gps bestari, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Cecilia di Sandakan, Sabah itu, idea tercetus setelah dia mendapat tahu ada sesetengah pelajar sekolah tersebut terpaksa berlapar kerana tidak berkemampuan untuk membeli makanan di kantin. Maisarah berkata, dia mendapat info tentang pelajar-pelajar tersebut setelah melakukan sesi kaunseling bersama mereka dan dengan adanya projek ini, para pelajar tidak lagi akan berlapar.

Terbaru, guru tersebut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan aksi pelajar yang sedang menikmati nasi lemak percuma dan posting tersebut telah mendapat 1.5 k tanda suka dan juga 1 k shares oleh pengguna Facebook.

Projek berjaya

Selain bertujuan untuk menggembirakan pelajar, kedua-dua projek ini juga saya wujudkan untuk membuka ruang dan peluang pada rakan-rakan guru yang lain untuk menyumbang. Dan alhamdulillah…kedua dua objektif saya ini telah tercapai dengan izin-Nya. Alhamdulillah

Hanya memulakan sumbangan makanan dengan 15 hingga 20 pek sehari, sekarang sudah menjadi 50 pek sehari dan makanan-makanan tersebut disusun di atas rak makanan yang diletak di koridor luar bilik guru dan di kawasan lapang di sekolahnya.

Menurut Cikgu Maisarah, dengan projek ini ianya bukan sahaja membantu pelajar yang kurang berkemampuan tetapi ia juga dapat membuka ruang buat guru-guru lain bersedekah dan sebarkan kasih sayang di mana jua.

Sumber : Maisarah Hannan , Gps Bestari

SKIP THIS AD ×