Dengan sekali lafaz, pelakon, Miera Leyana, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Rosland Othman, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam.
Menerusi laporan Astro Gempak, majlis tertutup tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Miera sendiri iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat.
Syukur dah sah
Saya mengucapkan terima kasih atas doa dan restu dalam penyatuan dua hati pada malam ini. Secara jujurnya, saya tak sangka akan mengahwini seorang lelaki yang pada awalnya hanya sekadar teman baik. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya sangat selesa berkawan dengannya.
Miera yang berusia 27 tahun meluahkan rasa syukur apabila sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang berusia lingkungan 40-an. Tambahnya, dia tidak menyangka akan berkahwin dengan teman baiknya sendiri. Mengulas mengenai detik perkenalan, Miera memberitahu dia bertemu suaminya di sebuah majlis pelancaran kira-kira empat tahun yang lalu. Pada Mei lalu, suaminya telah meluahkan isi hati serta melamarnya untuk dijadikan isteri.
Cantiknya!
Sumber: Astro Gempak