berita

Tak Sedap Tak Apa Janji ‘Confident’, Sumbang Suara Bakal Ceriakan Malam Minggu Anda Bermula 30 Mei

May 28th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Program hiburan terbaru TV3, Sumbang Suara bakal disiarkan di kaca TV anda bermula 30 Mei 2021, setiap hari Ahad pada pukul 10.30 malam yang dihoskan oleh Elly Mazlein serta penampilan Dato’ Awie dan Hazama sebagai Wakil Netizen.

Berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500!

Program Sumbang Suara berdurasi 30 minit ini merupakan video-video hantaran yang menghiburkan daripada orang ramai. Walau bagaimanapun, hanya lima video terpilih akan disiarkan pada setiap episod dan hanya satu pemenang sahaja yang akan dipilih.

Pemenang berkenaan juga akan dihubungi menerusi panggil video untuk berinteraksi bersama Tok Tizen (Dato’ Awie) dan Bang Tizen (Hazama).

Tampil dengan format serba baru, penyumbang suara yang mempunyai tahap konfiden tinggi dalam nyanyian berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.  Namun, ia tidak semudah itu kerana penyumbang suara tersebut mestilah mempunyai tahap konfiden yang tinggi serta dapat memberikan gaya persembahan yang mantap sebelum membawa pulang hadiah wang tunai RM500!

Sumbang bukan sebarang sumbang

 

Pencarian peserta Sumbang Suara telah pun berlangsung pada bulan March 2021 secara atas talian. Pihak produksi telah mencari bakat-bakat luar biasa yang berumur seawal 6 tahun hingga 60 tahun yang ‘sumbang’ nyanyiannya secara semulajadi. Syarat yang lain merupakan individu berkenaan mempunyai keyakinan tinggi dan yakin dengan nyanyian tersebut akan menghiburkan orang ramai sehungga tidak keruan mendengarnya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai hanya perlu memuat naik video nyanyian sumbang berdurasi satu minit beserta #sumbangsuara di akaun Instagram dan pastikan tetapan akaun adalah umum.

Jangan lupa untuk saksikan serta terus berhibur dengan trio Sumbang Suara iaitu Elly Mazlein, Datuk Awie dan juga Hazama pada setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di TV3 dan live strim di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×