Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita yang berada dalam penerbangan selama 11 jam mengalami kekejangan di perut sebelum mengetahui dirinya berbadan dua. Wanita tersebut selamat melahirkan anak di dalam tandas pesawat dengan hanya dua kontraksi.
Artikel Berkaitan: Tak Sedar Diri Hamil, Wanita Hampir ‘Flush’ Bayi Dalam Mangkuk Tandas – ‘Nasib Nampak Tangan Baby’
Artikel Berkaitan: Lebih 2 Tahun Tak Datang Bulan & Rasa Macam Ada Pergerakan Dalam Perut, Wanita Terkejut Bila ‘Scan’ Rupanya Hamil 8 Bulan
Kekejangan perut
Menerusi laporan Daily Star, wanita tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan ke Madrid, Sepanyol yang memerlukan penerbangan itu transit di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam.
Penerbangan itu masih ada beberapa jam lagi untuk mendarat di ibu negara Belanda sebelum saya mula rasa tidak selesa dan mengalami kekejangan di perut.
Walau bagaimanapun, wanita yang tidak menyedari dirinya hamil itu dianggap bernasib baik apabila terdapat dua doktor dan jururawat yang juga penumpang pesawat tersebut.
Wanita itu memilih untuk menamakan anaknya, Maximiliano sempena nama salah seorang doktor yang membantu dalam proses melahirkan anaknya itu. Baginya, dia amat bersyukur atas bantuan yang diterima.
Setelah selamat mendarat di Belanda, wanita dan bayi tersebut segera dikejarkan ke Hospital Spaarne Gasthuis South untuk rawatan lanjut.
Jurucakap pesawat tersebut mengesahkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan yang baik dan kini hanya menunggu kertas kerja rasmi untuk keperluan anaknya yang baru lahir itu bagi meneruskan perjalanan ke Madrid.
Sumber: Daily Star