berita

Tak Sempat Buat Rendang, ‘Tiles’ Dinding Jatuh Hempap Dapur.. Kontraktor Cakap ‘Nasiblah’

August 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Jaja Rahman

Hasrat seorang suri rumah ingin memasak rendang untuk santapan keluarga terbantut apabila jubin yang dipasang pada  dinding jatuh secara tiba-tiba.

Perkongsian wanita dikenali sebagai Jaja Rahman menerusi kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official di laman Facebook itu menerima pelbagai respon daripada netizen atas apa yang berlaku.

Tragedi menimpa

Foto: Jaja Rahman

Ujar wanita ini, pada mulanya segala bahan-bahan diperlukan untuk membuat rendang bagi dijadikan santapan makan tengah hari telah disediakan diletakkan di dapur. Namun, keterujaan tersebut bertukar tragedi apabila jubin yang berada pada dinding secara tiba-tiba menghempap dapurnya dan bahan-bahan yang bakal digunakan.

Nak buat rendang nasib untuk makan tengahari, tengah kecut daging, nahhh kau berguguran tiles jatuh himpap dapur dan bahan-bahan. Nasib baik jugak la kepala tak bocor dan dapur kukuh tak pecah walau jubin berat jatuh tepat atas permukaan.

Mujurlah ketika itu tiada sebarang kecederaan serius yang dialami. Berbicara lebih lanjut, wanita ini turut bertindak menghubungi kontraktor dan menjelaskan apa yang telah terjadi. Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh kontraktor tersebut membuatkan wanita ini terkedu.

Terus tak jadi masak. Nangis. Sedih, contractor boleh gelak-gelak kata benda ni biasa jadi. Nasiblah dia kata.
Serius cannot brain betul ke ade antara kawan-kawan yang pernah kena?

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat supaya wanita tersebut mengambil tindakan saman terhadap kontraktor tersebut berikutan apa yang telah terjadi.

Sumber: Jaja Rahman via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

SKIP THIS AD ×