berita

Tak Sempat Nak Siapkan Sarapan Anak-Anak? Lady’s Choice Meaty Spread Keluaran Terbaru Ni Memudahkan Para Ibu!

September 20th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Korang sebagai ibu mestilah mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? Walau sesibuk mana pun, mesti kena luangkan masa berkualiti bersama anak tidak kira sesingkat mana pun. 

Oleh itu, salah satu cara untuk menceriakan hari mereka adalah dengan memulakan pagi korang dengan membuat satu hidangan sarapan yang bernutrisi, mudah dan menarik. 

Ha.. sempena dengan kempen #KeepingItReal, Lady’s Choice telah melancarkan produk keluaran terbaru mereka iaitu Meaty Spread yang tinggi nutrisi pemakanannya dengan kebaikan Omega 3. Jom lah tengok apa lagi yang menarik!

Hadir dalam 2 varian berbeza

Produk Lady’s Choice terbaru ini hadir dalam 2 varian berbeza iaitu Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna.  Kedua-duanya mempunyai ramuan dan khasiat yang sebenar tau!

Salah satu perkembangan anak yang baik juga berpunca daripada pemakanan yang betul juga kan? Jadi, dengan sarapan bersama Lady’s Choice ni memang pilihan yang terbaik. Mereka pasti suka!

Tak perlu guna banyak masa & tenaga untuk sediakan sarapan

Selalunya kalau nak siapkan sarapan hari-hari ni mesti tak sempat. Yelah..mana taknya, dah lah mak-mak ni banyak lagi kerja lain nak buat. Lepastu pagi-pagi nak kena sediakan bahan untuk sarapan lagi, memang tak cukup masa!

Tapi lepasni korang tak payah risau dah, sebab dengan adanya sapuan terbaru dari Lady’s Choice ni, korang tak perlukan banyak masa dan tenaga pun untuk menyediakan hidangan yang enak untuk anak-anak tau. Sapu sapu je dah siappp! Mudah kan?

Kongsi pengalaman para ibu sempena kempen #KeepingItReal

Ha…sebagai sebahagian daripada kempen #KeepingItReal ini, Lady’s Choice turut mengajak para ibu di Malaysia berkongsi keluh-kesah mereka sambil menyatakan sokongan dengan menceritakan kisah serta dugaan sebenar yang dialami oleh para ibu. 

Bukan tu saja, jangan lupa juga untuk saksikan Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, jam 12 tengah hari. Ada segmen menarik seperti kanak-kanak sedang menyediakan juadah untuk ibu bapa mereka. Boleh lah ajak anak-anak korang tengok sekali nanti ya!

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan Sapuan Ayam & Tuna dari Lady’s Choice harini juga!

Jadi para ibu semua, tunggu apa lagi tu? Korang dah boleh dapatkan Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna Lady’s Choice ni di semua pasar raya besar, pasar raya hiper dan kedai serbaneka di seluruh negara. Selain itu, korang juga boleh dapatkan di Shopee atau Lazada

Dengan harga  RM8.50 untuk botol 220ml, memang berbaloi sangat tau!

SKIP THIS AD ×