Tidak dapat dinafikan kehilangan individu tersayang merupakan momen paling sukar untuk kita hadapi. Lebih-lebih lagi kehilangan dua orang serentak dalam masa yang sama.
Itulah situasi sayu yang terpaksa dihadapi oleh seorang ayah muda ini yang dikenali sebagai Nik Ariff. Difahamkan, isterinya positif Covid-19 ketika bersalinkan anak sulung mereka. Malangnya, isteri dan anak yang baru saja 24 minggu dalam kandungan meninggal dunia.
Keadaan isteri kritikal
Perkongsian tersebut telah dimuat naik di laman TikTok Nik Ariff mendapat 496 ribu tontonan dan rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasibnya. Difahamkan, arwah isteri perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memasuki hospital untuk proses melahirkan anak. Sebelum ini, pihak hospital turut bertanyakan sama ada keluarga terdekatnya ada yang tidak sihat atau demam. Arwah isteri memaklumkan ibu dan ayahnya yang berada di rumah tidak sihat.
Susulan itu, difahamkan pihak hospital terpaksa mengeluarkan anak di dalam kandungan terlebih dahulu bagi membantu penafasan isterinya yang mengalami masalah paru-paru.
Arwah Nik Muhammad Adzriel Bin Nik Muhammad Ariff (24 minggu usia dalam kandungan) dilahirkan secara caesarean telah kembali kepada Pencipta. Ujian saringan arwah anak saya negatif Covid-19 dan proses pengebumian seperti biasa. Doktor memaklumkan keadaan isteri saya masih kritikal di wad ICU, namun masih ditidurkan kerana masih lagi bertarung dengan virus Covid-19 yang menyerang paru-paru isteri saya.
Tak dapat tahan perasaan
@nikiariffsampai sini je mampu edit,x dpt tahan perasaan, TQ semua mendoakan dan memberi sumbangan,semoga Allah shj yg membalas jasa baik kalian ##fyp ##covid19? original sound – nikiariff
Isteri dan anak meninggal dunia
@nikiariffReply to @nrlaenaztty? original sound – nikiariff
Sumber: Niki Ariff