berita

Tak Sempat Sarapan? Singgah PETRONAS & Dapatkan Kombo Berkhasiat Serendah RM3

June 1st, 2018 | by Epul
Kini Trending

Siapa biasa bangun lambat kat sini? Alaa, mengaku jelah! Biarpun dah kunci jam, tapi kita maaasih jugak bangun lambat. Bila bangun lambat, kelam kabut nak bersiap sampai lupa makan sarapan. Korang tau tak sarapan tu penting untuk tenaga?

Haa, sekarang tak payah risau lagi kalau bangun lambat dan tak sempat sarapan. Singgah je Kedai Mesra PETRONAS dan nikmati kombo sarapan baru Mornings@Mesra yang bukan saja berpatutan malah berkhasiat! Nak tau apa antara menu yang ada?

Ada banyak menu baru korang boleh pilih. Semuanya sedap!

Dalam kombo baru Mornings@Mesra ni, ada banyak menu korang boleh pilih antaranya Big Bites, Light Bites dan Happy Bites. Semua hidangan sedap sebab dihasilkan segar setiap hari malah sesuai untuk orang dewasa sampailah kanak-kanak…

Buat pertama kalinya, Kedai Mesra PETRONAS menyediakan pelbagai pilihan roti dengan perisa istimewa antaranya Cheese Stick, Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang dan Kaya serta banyak lagi. Gabungkan pula dengan minuman kegemaran tempatan, memang ummphh rasanya!

Untuk kombo Happy Bites, korang boleh dapatkan susu coklat Goodday Charge dan roti pada harga RM3 yang sesuai untuk kanak-kanak. Rasa-rasa tak sempat sediakan sarapan untuk anak, on-the-go je lepas ni, senang kan?

Untuk menu Big Bites pula, korang boleh beli mana-mana jenis roti kat atas tadi bersama minuman popular seperti kopi panas, minuman tin Nescafe dan Milo pada harga RM5. Murah kan?

Dapatkan kombo Mornings@Mesra di 450 cawangan

450 cawangan? Ya, betul! Korang boleh dapatkan kombo Mornings@Mesra ni di hampir 450 cawangan Kedai Mesra PETRONAS di seluruh Malaysia! Jadi, tiada alasan lagi untuk korang skip sarapan dan dapatkan nutrisi yang diperlukan sepanjang hari…

Malah, kombo Mornings@Mesra ni juga sesuai untuk korang yang nak bersahur atau tak sempat balik rumah untuk berbuka. Singgah PETRONAS kejap dan grab mana-mana kombo, boleh alas perut dulu!

Jom dapatkan kombo Mornings@Mesra ni di mana-mana stesen PETRONAS berdekatan. Ambik gambar sekali tanda sokongan korang dan upload di laman sosial masing-masing dengan hashtag #MesraBites #MorningsAtMesra #BreakfastOnTheGo dan tag @petronasbrands

Untuk maklumat lanjut mengenai promo terbaru ni, layari laman web MyMesra. Selamat bersarapan!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×