
Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi pandangannya mengenai persepsi wanita terhadap kaum lelaki dan institusi perkahwinan.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Buruk & Tidak Beradab Itu Dari Saya’ – Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Isu Hantaran Kaunter Kosong Di Klinik Kesihatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadzmi Adhwa Tolak Dakwaan Bercerai Dengan Ardell Aryana – ‘Penat Bina Masjid, Takkan Nak Runtuhkan Pula’
‘Jangan takut berkahwin’

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama penuh Nadzmi Adhwa Nor Adzmi menegaskan bahawa tidak semua lelaki mempunyai perwatakan sama seperti yang sering disalah anggap oleh sesetengah pihak.
Tak semua lelaki itu sama. Jangan la takut untuk berkahwin.
Suami kepada pelakon Ardell ini juga berkongsi bahawa pengalamannya bertemu dengan komuniti lelaki di Aceh telah memberikan impak yang besar dalam hidupnya.
Malah, keperibadian mereka menjadi teladan buat dirinya untuk terus memperbaiki diri dalam memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Lelaki lelaki di Aceh ni masyaallah subhanallah banyak mengajar saya untuk jadi seorang Ayah, suami dan lelaki yang lebih baik. Sama sama kita berubah untuk 2026.
Nadzmi turut menyeru orang ramai agar terus berusaha memperbaiki diri supaya menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan.
Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell Aryana mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019, dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Threads Nadzmi Adhwa








