berita

‘Tak Sengaja’ Retweet Video Lucah, Team Media Sosial Bola Sepak Pahang Beritahu Akaun Digodam

January 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila akaun Twitter rasmi pasukan bola sepak negeri Pahang telah retweet satu tweet lucah. Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata menyalahkan admin media sosial pasukan tersebut yang berkemungkinan lupa untuk menukar ke akaun peribadi.

Terbaru, menerusi Facebook milik pasukan negeri Pahang telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan isu tersebut. Menurut kenyataan rasmi itu, akaun Twitter itu telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menyalahguna akaun pasukan

Sebelum ini, Twitter milik Pahang FA telah berkongsi satu video lucah dan telah menarik perhatian ramai. Ramai mengecam tindakkan admin Twitter tersebut kerana didakwa menyalahguna akaun tersebut.

Digodam individu tidak bertanggungjawab

Kini, pasukan bola sepak negeri Pahang telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan. Menurut kenyataan tersebut, akaun itu telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan telah mencemarkan imej pasukan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak pasukan Pahang telah membuat satu laporan polis. Selain itu, Twitter pasukan Pahang turut dipadam buat sementara waktu.

Sumber: Pahang FA

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!