Sebelum ini, Cik B pernah menjawab dakwaan netizen yang menuduh dirinya bersikap ‘selfish’ gara-gara tidak merestui hubungan Datuk Seri Vida dengan Iqbal. Tegas pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dia hanya menginginkan ibunya bahagia selama-lamanya bukan hanya sementara.
Artikel berkaitan: Mengaku Rasa Trauma, Cik B Bukan ‘Selfish’ Halang Vida Kahwin Lagi – ‘Saya Buat Semua Ini Sebab Tak Nak Mama Sedih’
Terbaru, Cik B dilihat menjawab segala solan yang ditanya oleh netizen menerusi Instagram Storynya.
Cik B tak kesian dekat mama?
Menerusi kotak soalan ‘Tanyalah Kami’, seorang individu telah bertanya kepada Cik B sama ada dia mempunyai perasaan belas kasihan ataupun tidak terhadap ibunya, Dato Seri Vida. Menurut individu berkenaan, DSV memerlukan seseorang untuk menjaganya di kemudian hari. Tambah individu tersebut, DSV terpaksa berdiam diri walaupun dirinya kelihatan agak sunyi.
Bagi menjawab soalan tersebut, Cik B memberitahu bahawa dia boleh berkongsi kisah sebenar kenapa tidak mahu ibunya berkahwin lagi namun memilih untuk ‘menyimpan’ rahsia tersebut kerana bimbang memberi kesan kepada ibunya.
Kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama.
Kacak gurau minta duit
Terdahulu, Kacak memberitahu dia bersetuju dengan permintaan ibunya yang ingin berkahwin lagi. Namun, kata Kacak, dia tidak akan menerima sewenang-wenangnya siapa gerangan calon bapa tirinya.
First for all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin I’m just gonna agree with it guys. But not gonna agree macam tu ja la. No, you have to give me some.. you know.. (duit). If he wants my mom, then give me some of this (duit). Yes money. No money no talk. Give me some (duit) and I will agree with everything, don’t worry. Saya bukan pisau cukur ke apa, but money works you know.
Pada masa yang sama, Iqbal turut berjanji akan menjaga DSV, Cik B dan Kacak dengan baik selepas ini.
Sumber: Cik B