Setelah lagu ‘I Am Me’ daripada Dato Seri Vida menjadi viral, ramai yang menjadikan lagu itu sebagai parodi di media sosial. Tak ketinggalan juga aksi-aksi lincah daripada rakan artis yang turut terhibur.

Baru-baru ini, aksi Fasha Sandha menari lagu ‘I Am Me’ bersama dua anaknya mendapat pelbagai kecaman daripada netizen. Ada yang menganggap aksi tersebut tidak sesuai dengan statusnya sebagai ibu.

Fasha menari bersama anaknya

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Jul 27, 2017 at 2:39am PDT

Video ini memaparkan aksi lincah Fasha Sandha bersama anaknya diiringi lagu ‘I Am Me’. Aksi tersebut telah viral dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuklah komen-komen negatif.

Netizen keliru

Terdapat komen negatif daripada netizen yang tidak senang dengan aksi tarian lagu ‘I Am Me’ itu. Bagi Fasha, dia tidak pernah rasa terganggu dengan komen-komen negatif netizen, jika tidak boleh terima boleh unfollow.

Tak suka boleh unfollow-Fasha Sandha

Menurutnya lagi, dia sudah lali dengan kecaman dan tohmahan netizen terhadap dirinya. Sebelum ini terdapat akaun We Hate Fasha Sandha yang dibuka oleh hater untuk menulis mengenai dirinya walaupun minat tetapi keliru.

Sumber: Fasha Sandha Gempak.com