Bermula 30 September 2025, lebih 16 juta rakyat Malaysia mula menikmati manfaat BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan harga subsidi RM1.99 seliter.
Pelaksanaan BUDI95 menuai pelbagai reaksi netizen. Ada yang sanggup datang awal pagi ke stesen minyak berhampiran semata-mata nak jadi antara yang terawal isi minyak dengan harga baru.
Ada juga yang terus buat semakan kad pengenalan di kaunter untuk pastikan layak menikmati subsidi.
Namun begitu, min difahamkan masih ada segelintir netizen yang tak faham cara pengiraan pada resit BUDI95.
Bagi yang masih keliru, korang boleh rujuk gambar di bawah supaya lebih jelas:

🔹 Jumlah Minyak Yang Diisi
Contoh dalam resit: RM26.13 (10.050 liter) – ini harga sebenar tanpa subsidi.
🔹 Jumlah Yang Dibayar / Bayaran Akhir
Lepas subsidi ditolak, korang hanya bayar RM20.00 sahaja.
🔹 Harga Pam Tanpa Subsidi
Kalau ikut harga asal, 1 liter RON95 bernilai RM2.60.
🔹 Harga Dengan BUDI95
Hanya RM1.99 seliter, jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
🔹 Baki BUDI95
Setiap penerima ada kuota bulanan. Contoh: baki 289.950 liter selepas isi.

Teruja dengan pelaksanaan BUDI95, Nasyitah Abdul Halim (32) menyambut baik inisiatif ini.
“Pada awal pemberitahuan mengenai pelaksanaan BUDI95, saya dah teruja sebenarnya. Bagi saya harga RM1.99 seliter bukan sahaja jauh lebih murah berbanding harga tanpa subsidi tapi sebenarnya macam satu keistimewaan khas yang hanya rakyat Malaysia boleh dapat.
Tak dinafikan sebelum ini kita isi minyak pada harga RM2.05 seliter, masih murah tapi kali ni dapat pada harga yang jauh lebih murah lagi. Syukur sangat-sangat”, katanya.

Bagi Muhammad Nashrul Farhan (31), pelaksanaan BUDI95 merupakan satu langkah bijak dalam usaha memastikan subsidi sedia ada tidak bocor dan hanya boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.
“Seronok dapat isi minyak pada harga RM1.99 seliter, siapa sangka kita akan dapat harga macam ni. Saya sendiri masa 30 September tu, excited nak isi minyak.
Proses pengisian pun mudah. Saya tak ada alami sebarang masalah, cuma saya harap harga sebegini akan terus dikekalkan dan mana tahu di masa akan datang mungkin akan jadi lebih rendah lagi”, katanya
Semoga inisiatif ini diteruskan dan lebih banyak insentif diperkenalkan oleh kerajaan di masa hadapan.
Semak kelayakan, baki penggunaan, korang melalui portal budimadani.gov.my.
#BudiMadaniRON95 #ManfaatRakyat.









