Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai seorang pemilik kereta jenis Mazda yang tidak tahan kerana sering disaman angkara ‘speed trap’ di kawasan yang tidak pernah dilaluinya. Susulan daripada itu, individu tersebut telah pergi ke Bangi untuk menjejaki ‘kembar tirinya’ itu.
Viral di Facebook
Tak tahan asyik kena saman speed strap dan lain saman tempat yang beliau tak pernah kunjungi. Owner tulen Mazda dari Johor turun jejak kembarnya sampai dapat di Bangi. Road tax pun sama.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Shidie Art Pelukis Rakyat memberitahu bahawa pemilik kenderaan yang berasal dari Johor telah menjejaki ‘kembarnya’ dan apa yang lebih mengejutkan apabila melihat kereta yang sama jenis berada di kawasan parkir di Bangi. Bukan setakat warna dan jenis sahaja yang sama tetapi keretanya turut memiliki nombor plat dan cukai jalan yang sama.
Rupa-rupanya kereta curi
Berikutan daripada itu, Sinar Harian melaporkan bahawa pihak polis sudah sedia maklum dengan perkara tersebut. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak mereka menafikan bahawa kenderaan tersebut adalah klon sebaliknya kereta jenis Mazda itu dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan. Beserah, Kuantan.
Kereta itu dijumpai di tempat letak kenderaan di sebuah kawasan di Bangi. Kita mendapati nombor plat kenderaan ditukar.
Oleh hal yang demikian, kereta terbabit akan dihantar semula ke Kuantan memandangkan kes kecurian itu berlaku di sana. Difahamkan juga, setakat ini tidak ada seorang pun individu atau pemandu yang dikesan mempunyai kaitan dengan kes kecurian ini.
Sumber: Shidie Art Pelukis Rakyat, Sinar Harian