berita

Tak Tahan Dileter, Lelaki Bunuh Isteri & Empat Anak Dilemaskan

December 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di Georgia, seorang lelaki ditahan pihak polis selepas mengakui telah memukul isteri, Casei Jones dengan menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan kematian serta membunuh empat orang anaknya.

Tak tahan dengan leteran

Menerusi laporan Daily Mail, suspek yang dikenali dengan nama Michael Jones Jr, dia nekad membunuh isterinya itu kerana tidak tahan mendengar leteran mangsa serta tertekan dengan sikap isterinya yang dikatakan suka menyibuk dan memaksanya. Dalam keterangan tersebut, suspek memberitahu hubungan mereka suami isteri dikatakan semakin retak kerana sering bertengkar kerana isterinya itu dikatakan ada mengesyaki dirinya curang.

Saya sudah lama bertahan sehingga berasakan apa yang dia lakukan sudah cukup.

Tambahnya lagi, isterinya juga itu dikatakan sering memancarkan lampu telefon bimbit ke arahnya selama beberapa jam sewaktu dia sedang berehat di rumah. Tidak tahan dengan sikap isterinya itu, suspek kemudian bertindak membunuh isterinya dengan kayu besbol dan empat orang anaknya itu dipercayai dicekik dan dilemaskan sebelum meletakkan mayat isterinya itu di dalam van dan memandu van tersebut selama enam minggu.

Tenang berada dalam penjara

Pihak polis seterusnya menemui mayat wanita itu di dalam van tersebut selepas kenderaan yang dipandu suspek terlibat dalam kemalangan di Brantley County, Georgia. Pihak polis kemudian menghidu satu bau yang sangat busuk datang dari arah van tersebut. Suspek kemudian membawa polis ke dalam sebuah hutan dan menunjukkan lokasi dimana dia telah menanam mayat anak-anaknya yang berusia antara satu hingga 10 tahun itu.

Motif pembunuhan keempat-empat beranak ini masih kurang jelas dan menjadi tanda tanya. Namun apabila disoal siasat dan bertanya mengenai isu ini, suspek mengaku dia kini berasa tenang berada di dalam penjara.

Sumber: Daily Mail, The Sun

SKIP THIS AD ×