berita

Tak Tahan Kena Ejek Single, Lelaki Pukul Sampai Mati Kawan Baik Sendiri

August 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Kerana mulut badan binasa, itulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi mengambarkan satu situasi yang berlaku di Blitar, Indonesia, di mana seorang lelaki telah mati dipukul gara-gara dipercayai mengejek kawan baiknya sendiri.

Difahamkan, suspek didakwa bertindak sedemikian rupa berikutan tindakan mangsa yang mengejek dirinya yang masih bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup.

Suspek telah ditahan pihak polis

Foto: IndoZone

Memetik laporan IndoZone, suspek dikenali sebagai Iskandar, 38 tahun, telah ditahan oleh pihak polis susulan didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Mangsa yang dikenali sebagai Nurhuda, 36 tahun, telah berhijrah bersama-sama dengan suspek ke Blitar untuk bekerja sebagai nelayan.

Ujar pegawai polis, Adhitya Panji Anom pihaknya menerima laporan daripada penduduk setempat yang bertindak melaporkan terdapat satu kes pembunuhan. Difahamkan, mangsa dipercayai telah dibunuh pada Selasa lepas (10/8/2021) pada jam 11 malam waktu tempatan.

Berbicara lebih lanjut, suspek sempat menjelaskan kepada pihak polis bahawa dia berasa kesal dengan tindakan mangsa yang sering mengejeknya berikutan tidak mempunyai pasangan hidup dan kerja yang tetap. 

Ejekan itu dibuat sebelum mereka berangkat ke Blitar, sehinggakan membuatkan suspek membalas dendam berikutan tidak dapat menahan diri.

Pukul ketika tidur

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, suspek bertindak memukul mangsa di beberapa bahagian badannya ketika mangsa sedang tidur. Susulan daripada itu, rakan-rakan mangsa yang terkejut bertindak meminta bantuan daripada orang ramai.

Mangsa yang dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun, dilaporkan meninggal dunia.  Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber: IndoZone

SKIP THIS AD ×