berita

‘Tak Tahu Macam Mana Lagi Nak Buktikan’ – Anak, Menantu Azmin Ali Jawab Isu Gambar Di Turki

July 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, tular mengenai foto Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama seorang pemandu pelancong bergambar di sebuah lokasi percutian di Hagia Sophia, Turki menyebabkan kemarahan rakyat.

Ahli keluarga ada di Malaysia

Foto berkenaan yang dimuat naik oleh Turkey Local Guides dengan kapsyen mengatakan bahawa Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengunjungi lokasi berkenaan bersama keluarganya. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan serta kecaman orang ramai.

Walau bagaimanapun, anak perempuan kepada Azmin Ali iaitu Farah Amira tampil menafikan dakwaan mengatakan dia bersama keluarganya telah menyertai lawatan rasmi tersebut ke Turki.

Menerusi foto yang dimuat naik di Twittter oleh Farah sendiri, dia bersama keluarganya bergambar berlatar belakangkan televisyen yang memaparkan siaran TV3 itu sebagai bukti bahawa mereka berada di Malaysia bukan di Turki.

Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kitaorang ada dekat Malaysia.

Menantu Azmin Ali tampil beri penjelasan

Dalam pada itu, menantu kepada Azmin Ali telah menghantar mesej kepada seorang pengguna Twitter yang telah memuat naik gambar bapa mentuanya itu dan tampil memberi penjelasan bahawa dakwaan mengatakan mereka sekeluarga berada di Turki itu adalah tidak benar sama sekali.

Dia juga turut menegaskan bahawa mereka pada ketika ini berada di Putrajaya dan pemandu pelancong berkenaan salah faham pada ketika itu.

Tour guide tu buat silap. Dia ingat delegation MITI MIDA yang ke masjid tu ahli keluarga Azmin Ali. Kami pun penat kena maki ni bro.

Walaupun anak perempuan serta menantunya telah tampil menjelaskan perkara yang sebenar, namun netizen masih lagi tidak percaya dengan ‘bukti’ yang telah diberikan.

Sumber : amiraazmin , HermyRahim

SKIP THIS AD ×