berita

Tak Tahu Nak Bercuti Kat Mana? Ini 6 Lokasi Di Malaysia Untuk Korang Yang Berkeluarga!

December 18th, 2018 | by Epul
Sponsored Post

Cuti sekolah dah nak habis ni. Korang dah ada plan belum nak bawa keluarga bercuti ke mana? Waktu cuti sekolah ni lah, masa yang paling sesuai untuk korang luangkan masa bersama-sama.

Tapi nak bercuti dengan famili memang banyak benda nak kena rancang kan? Nak rancang perjalanan, nak booking penginapan dan nak cari aktiviti sesuai untuk anak-anak. Haa.. Jangan risau! Ni kami senaraikan 6 tempat best yang korang boleh enjoy dengan famili cuti sekolah ni. Check it out!

1. Lost World of Tambun, Perak

Lost World of Tambun, Perak

Nak lari dari kesibukan kota? Jangan risau, Lost World of Tambun sangat sesuai sebagai destinasi percutian untuk korang sekeluarga. Kalau korang nak tau, Lost World of Tambun adalah salah satu taman tema air di Malaysia yang menjadi tumpuan ramai.

Ada banyak aktiviti yang korang boleh lakukan bersama keluarga di sini. Antaranya, bersantai di kolam renang air panas, berseronok di Jungle Wave Pool atau berseronok bersama anak-anak di Kids Explorabay yang padat dengan pelbagai permainan yang menarik.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm) | Selasa Tutup

Bayaran: Dewasa RM70| Kanak-kanak (bawah 12 tahun), Warga Emas RM62

Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

2. A’Famosa Water World, Melaka

A'Famosa Water World, Melaka

Nak bawa keluarga ke tempat percutian yang banyak pilihan makanan? Haa.. Jom ke Melaka, negeri yang terkenal dengan coconut shakenya. Untuk aktiviti menarik bersama keluarga korang boleh bawa famili korang ke A’Famosa Water World, Melaka.

Kat sini ada ada tiga buah taman tema utama A’Famosa Safari Wonderland, A’Famosa Cowboy Town dan A Famosa Water World. Antara aktivit yang korang patut cuba di sini adalah Family Raft Slide, Inner Tube Slide, Body Slide, Big Ice Cream, Wave Pool, High Speed Slide dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (9.00am – 7.00pm) | Selasa Tutup

Bayaran: Dewasa RM33 | Kanak-kanak RM26

Alamat: A’Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka

3. Escape Waterplay, Pulau Pinang

Escape Waterplay, Penang

Kalau korang sekeluarga suka aktiviti yang mencabar, Escape Waterplay merupakan tempat yang paling ngam untuk korang. Kat sini korang boleh nikmati keindahan alam semulajadi sambil  bersuka-ria dengan pelbagai rides yang best!

Antara tarikan utama di sini ialah Tube Racer @ Rainbow Slide, Banana Flip dan banyak lagi. Kat sini juga ada Escape Waterplay yang menyediakan  permainan untuk korang seisi keluarga seperti di Play House yang menempatkan 8 gelongsor air, Tots Pool dan AK Splash.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (10.00am – 6.00pm) | Isnin Tutup

Bayaran: Dewasa 13 – 60 Tahun RM138 | Kanak-kanak 4 – 12 Tahun, Warga Emas RM92 | Kanak-kanak 0 – 3 Tahun Percuma

Alamat: 828, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

4. LEGOLAND Malaysia Waterpark, Johor

LEGOLAND Malaysia Waterpark, Johor

Siapa kata kat Legoland cuma boleh tengok replika-replika yang diperbuat daripada LEGO? Takk okay!! Kalau korang nak tau, kat Legoland ni pun ada Legoland Malaysia Waterpark yang merupakan salah satu daripada 9 seksyen taman tema.

Antara tarikan yang ada ialah Splash ‘N’ Swirl, Joker Soaker, DUPLO Splash Safari, LEGO Wave Pool, LEGO Slide Racers dan banyak lagi! Kalau korang tak puas menikmati aktiviti kat sini, korang boleh menginap di hotel Legoland yang dikelilingi replika yang diperbuat daripada Lego. Cute sangat!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Bayaran:

  1. One Day Combo Ticket RM235  (1 day LEGOLAND Theme Park + Water Park )
  2. Theme Park Ticket RM188 (Theme Park sahaja)
  3. Day Water Park Ticket RM122 (Water Park sahaja)

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor

5. Pulau Langkawi, Kedah

Langkawi, Kedah

Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai gugusan pulau yang indah dan menjadi tarikan pelancong. Salah satu tempat yang sesuai dijadikan lokasi percutian bersama keluarga semestinya Pulau Langkawi, Kedah.

Kat sini, bukan je anak-anak happy, parent pon mesti happy! Mana taknya, Langkawi merupakan kawasan bebas cukai dan korang boleh dapatkan pelbagai barangan dengan harga lebih murah seperti coklat, pinggan mangkuk dan banyak lagilah!

Antara aktiviti yang boleh dilakukan sekeluarga adalah seperti menaiki kereta kabel, island hopping dan menunggang kuda di Island Horses.

6. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Tak nak pergi taman tema? Korang boleh bawa keluarga bercuti ke Lexis Hibiscus, Port Dickson. Sekali-sekala apa salahnya nikmati percutian mewah bersama keluarga tersayang.

Apa yang best kat sini ialah susun atur bilik dibuat secara terancang dan membentuk sekuntum bunga raya. Bilik hotel pula dibina di atas air memberikan korang sekeluarga pengalaman yang takkan dilupakan. Yang paling syok, korang boleh tengok ikan di dalam laut dari dalam bilik. Anak-anak confirm excited punyalah!

Korang juga boleh lakukan aktiviti air seperti banana boat, kayak, jet ski dan sebagainya. Kalau dah bosan main air korang mungkin boleh berbasikal, main giant bubble, yoyo car dan helicopter ride.

Download aplikasi PLUS & menang pakej percutian!

Nak bercuti ni kenalah rancang betul-betul start dari rancang perjalanan sehinggalah sampai ke destinasi. Haa.. Kalau korang nak tau, PLUS dah wujudkan satu aplikasi baru yang membolehkan korang plan perjalanan, barulah korang boleh tersenyum sepanjang perjalanan. Dengan aplikasi ni, korang boleh check kadar tol, rancang perjalanan, semak keadaan trafik dan banyak lagi lah!

Tak plan lagi nak bercuti? Takpe guysPLUS ada contest yang korang boleh sertai tau! Mana tau rezeki korang boleh la menang percutian ke Legoland atau Lost World of Tambun. Seronoknya!

Ni cara untuk korang join contest ni:

  1. Ambil gambar berlatar belakangkan papan iklan promosi, yang disediakan di lokasi Rawat dan Rehat (RNR), Gunung Semanggul, Sungai Perak, Tapah, Air Keroh, Pagoh and Macap.

  2. Muat naik gambar korang di Facebook atau Instagram dengan #CutiBersamaPLUS

  3. Penyertaan kreatif akan memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Legoland atau Lost World of Tambun

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai contest PLUS, korang boleh klik je kat sini.

Haa.. Sebelum korang download apps PLUS, ni min belanja korang video famili Tomok yang menggunakan apps PLUS untuk merancang perjalanan mereka sekeluarga.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×