berita

‘Tak Tahu Siapa Bapa Anak Ini..’ – Jual Diri Sampai 4 Kali Hamil, Mengaku Buat ‘Projek’ Dalam Bilik Sewa

March 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, kos sara hidup di bandar agak tinggi dan kadangkala pendapatan yang kita peroleh tidak mampu menampung segala kos kehidupan.

Artikel Berkaitan: 4 Kali Lahir Anak Luar Nikah, Kantoi Zina Walaupun Dah Kahwin, Kisah Pusat Perlindungan Ini Cetus Bimbang

Artikel Berkaitan: ‘Ketika Tinggal Di Rumah Pusaka, Suami Adik Bongsu Telah Merogolnya’

Baru-baru ini, rumah perlindungan Baitus Solehah ada berkongsi kisah seorang wanita yang sanggup menggadaikan maruahnya dengan ‘menjual diri’ semata-mata mahu menyara kehidupannya di bandar.

‘Jual diri’ sebab tak cukup duit

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian Baitus Solehah di Facebook, wanita ini tinggal di sebuah bandar besar dan hanya bekerja sebagai jurujual memandang dia tidak mempunyai kelulusan pelajaran mahupun kemahiran. Walaupun mempunyai pekerjaan, tetapi ianya tidak cukup untuk menampung perbelanjaannya.

Setelah melahirkan 3 orang anak, saya nak bertaubat dan berubah. Saya bekerja dan menyewa sebuah bilik, tinggal sendiri setelah keluarga kesal dengan saya yang kata mahu bertaubat tetapi gagal.

Disebabkan kesempitan hidup, dia membuat keputusan untuk menawarkan ‘khidmat seks’ kepada golongan lelaki. Difahamkan, wanita ini telah menggunakan bilik sewanya sebagai tempat ‘melayan’ para pelanggan.

Saya mula mengiklankan diri melayan lelaki. Lebih malang, saya diberhentikan kerja kerana mengandung dari sperma yang tidak diketahui. Sering ponteng kerja disebabkan morning sickness. Namun hidup perlu diteruskan. Wang diperlukan untuk belanja harian. Desakan hidup, saya menjadikan bilik yang saya sewa sebagai tempat melayan lelaki. Pelanggan silih berganti.

Serah 3 orang anak kepada keluarga angkat

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui bayaran yang diterima daripada pelanggannya tidak mahal tetapi ianya cukup untuk menyara kehidupannya termasuk perbelanjaan makan, bayaran bilik sewa dan sebagainya. Jelasnya lagi, setelah usia kandungannya mencecah tujuh bulan, dia sudah berhenti melayan lelaki dan tidak lagi mencari pelanggan.

Saya tak tahu siapa bapa anak saya. Saya cari keluarga angkat untuk anak saya masih dalam kandungan. Saya tak tahu siapa bapa anak ini. Maka baik saya serahkan kepada keluarga angkat. Saya tak mampu membesarkan dan menyara anak.

Setelah semuanya selesai, wanita ini memaklumkan ada seorang lelaki berjanji mahu mengahiwininya. Pada awalnya dia menyangka segalanya akan berakhir tetapi sayangnya itu hanyalah sekadar janji palsu. Lelaki terbabit tergamak membuatkan wanita ini hamil sebelum meninggalkannya sendirian.

Penatlah ummi, asyik mengandung dan kena tinggal. Saya nak bertaubat. Tak nak buat maksiat lagi. Saya nak pelihara anak ni. Tak mahu beri kepada keluarga angkat lagi. Cukup lah 3 anak dah beri kepada keluarga angkat. Tak seorang pun keluarga angkat beri saya jumpa anak. Padahal masa nak ambik anak saya, janji saya boleh tengok dan jumpa. Bila rindu pada anak, membuatkan saya ingin anak tetapi takde lelaki sudi nak bernikah dengan saya.

Sumber: Baitus Solehah

SKIP THIS AD ×