berita

‘Tak Tenang Hati Selagi Tak Bersemuka’ – Siti Sarah Jumpa Masyarakat Orang Asli Mohon Maaf

September 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral di Twitter apabila penyanyi, Siti Sarah didakwa telah menghina suku kaum orang asli. Insiden tersebut berlaku ketika Sarah sedang mempromosi sebuah produk rambut.

Artikel berkaitan: ‘Rambutnya Dah Rupa Orang Asli’ – Netizen Kecam Kenyataan Siti Sarah

Susulan daripada itu, dia telah mengambil keputusan untuk bertemu wakil masyarakat orang asli dan memohon maaf secara terbuka berhubung isu melibatkan dirinya dengan suku kaum tersebut.

Kedatangan disambut baik

https://www.instagram.com/p/CE4euPbhbQ3/

Permohonan maaf. Saya Siti Sarah dengan rendah hati, menyusun 10 jari memohon maaf kepada masyarakat Malaysia terutama kepada 18 suku kaum orang asli atas kekhilafan diri saya yg menguris hati masyarakat orang asli. Sesunguhnya tidak lintas dan terniat untuk saya melukakan hati orang asli. Sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sarah juga sama.

Menerusi video berdurasi 2:51 saat, Sarah telah melakukan permohonan maaf secara bersemuka dengan wakil masyarakat orang asli. Sarah turut kelihatan mengalirkan air mata ketika meminta maaf. Tambahnya, kunjungannya di penempatan orang asli telah disambut baik oleh mereka semua. Ujarnya lagi, mereka turut menerima permohonan maafnya.

Tak tenang hati

Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekali lagi kepada masyarakat orang asli di Malaysia yang terguris dengan kata-kata saya. Saya bersyukur apabila kedatangan saya dialu-alukan dan disambut baik. Tak tergambar perasaan ini apabila mereka menerima permohonan maaf saya dengan hati terbuka. Tak tenang hati ini selagi tidak bersemuka dan memohon maaf. Apatah lagi keluarga saya sendiri sangat rapat dengan masyarakat orang asli.

Sarah turut menyesal dengan apa yang berlaku dan dia menganggap insiden tersebut sebagai pengajaran buat dirinya dan seluruh masyarakat.

Sumber: Siti Sarah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×