Baru-baru ini, AC Mizal dan isterinya, Emylia telah mengerjakan umrah. Bagi anda yang mengikuti perkembangan mereka di Instagra, Emylia kerap memuat naik foto serta menceritakan pengalaman mereka ketika menunaikan ibadah di sana. Emylia juga turut melahirkan rasa syukur kerana ditemukan dengan seorang suami yang baik seperti AC Mizal.
Tetapi sudah lama AC Mizal tidak muncul di kaca televisyen. Mungkin bekas pelakon Gerak Khas itu ingin berehat sebentar dari dunia hiburan?
‘You are so perfect and I love you so much’- AC Mizal
Sebagai seorang suami i cukup bangga dengan pengorbanan u! seorang isteri yang cekal dan sentiasa menjaga i dan anak dengan baik. U r so perfect and i love u so much. Di umrah bulan ramadhan ini i nak minta maaf atas segala kesilapan dan kelemahan i sebagai suami. U r my everything. I always try my very best in anything i do for u and i know i am not perfect. I give all my love n i will love u forever. U always amaze me dengan pengorbanan dan kasih sayang u. U r my perfect wife n perfect mother to my kids. Ya Allah kau makbulkan lah segala permintaan isteri ku dan rahmatinya dengan segala keistemewaan yang bisa kau berikan kerana dia isteri kesayangan ku dan dia adalah yang teristemewa buat ku.
‘I akan jaga you sampai akhirat..’- Emylia
Ya allah mengalir air mata ?? ni bila baca apa yang u tulis, syukur alhamdulillah dan terima kasih banyak2 kerana menghargai i dan menyayangi i, syukur pada mu ya Allah kerana mendapat suami yang baik dan memberi kebahagiaan buat diriku dan anak2, tak terbalas segala pengorbanan u pada i. I akan jaga u smpi ke akhir hayat and our love till jannah, love u B – ur wife emylia #cintamakkah#suamitercinta #acemyumrah#fourofustogether #ramadhandimakkah
Syukur kerana diberi peluang untuk melakukan ibadah di tanah suci- AC Mizal
Ya Allah ya tuhan ku! Alhamdullilah diatas jemputan ke rumah mu di bulan Ramadhan yang mulia ini, tak terkata syukurnya kami diatas jemputan mu ini. Kau aturkanlah perjalanan hidup ku sebagaimana kau aturkan hidup ku sebelum ini dengan kerahmatan mu. Aku berdoa kepada mu agar apa yang ku lakukan ini adalah apa yang kau ingin aku lakukan kepada semua. Aku hanya seorang penghibur yang mencari rezeki untuk keluarga ku. Alhamdullilah atas jemputan mu ya Allah. Terima kasih @rb.travel.toursyang membawa saya, isteri saya dan ibu saya umrah kali ini.Terima kasih kpd @amironn yg membawa kami umrah di bulan ramadhan ini. Aku memohon keredaan mu Ya Allah agar jemputan mu ini diulangi lagi. Tq to my B yg mengatur perjalanan ini dan menjaga saya dan ibu saya semasa umrah ini. I love u b!
#acemyumrah #rezekiramadhan#akupenghibur
Syukur dapat ditemukan dengan seorang lelaki, suami yang baik
Bila tengok gambar ni, tersentuh hati ini dengan kecekalan u, bangga dengan u b, Alhamdulillah selesai 3 umrah kita , syukur Alhamdulillah kerana Allah menemukan i dengan seorang lelaki yang sungguh caring & bertanggungjawab .. tq kerana menjadi suami yang baik untuk i & daddy yang baik untuk anak2 kita .. moga jodoh kita kekal sampai ke jannah. #acemyumrah#umrahramadhan #rezekiramadhan
Netizen puji, sebak dengan kapsyen di Instagram
Sumber: Instagram Emyliadac