berita

Tak Tolak Jodoh Dengan Duda, Rihana Oksana Dedah Ciri Lelaki Idaman

July 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihana Oksana Petra mendedahkan kriteria dan ciri-ciri lelaki idamannya. Menurut Rihana, kaum lelaki yang ingin menambat hatinya perlu mempunyai kesemua ciri-ciri tersebut terlebih dahulu.

Artikel berkaitan: Baru Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-2, Netizen Puji Ismail Leon Makin Besar Makin Comel!

Artikel berkaitan: Bakal Rujuk Pakar Terapi Kanak-Kanak, Rihana Oksana Risau Anak Lambat Cakap

Mahu duda sebagai pasangan hidup?

Setelah bercerai dan melahirkan anak, Rihana memberitahu bahawa dia telah berfikir mengenai ciri-ciri lelaki idaman seandainya ditakdirkan untuk berkahwin semula. Menurut Rihana, individu tersebut perlu menerima segala kelebihan dan kekurangan dirinya. Ini kerana, saling menerima antara satu sama lain mampu mengekalkan hubungan suami isteri.

Saya harap lelaki yang bakal mendekati saya nanti akan menjadi sahabat yang baik buat anak saya. Tiada siapa boleh pisahkan kami berdua. Lebih baik, kalau saya dijodohkan dengan seorang duda yang mempunyai anak juga. Sekurang-kuranya lelaki tersebut tahu mengenai situasi saya dan boleh bersama-sama membesarkan anak. Saya yakin mereka seorang yang bertanggungjawab.

Seterusnya, Rihana berharap lelaki yang ingin berkahwin dengannya itu mampu menjadi sahabat yang baik buat anaknya Leon. Jelas Rihana, dia terlalu menyayangi dan mencintai Leon. Ujar Rihana lagi, lebih indah kalau lelaki tersebut seorang duda dan mempunyai anak.

Sentiasa ada bersama saya

Saya juga mahu calon suami yang sentiasa berada di sisi tidak kira susah mahupun senang. Seandainya saya perlukan sesuatu, dia ada dengan saya. Ciri-ciri lain saya suka yang tinggi. Ini kerana, ketinggian saya 180cm dan saya suka pakai kasut tinggi setinggi 15cm. Di samping itu, saya tidak suka menerima arahan yang berulang kali daripada seseorang. Saya juga mahukan seseorang yang bertanggungjawab dan melayan kerenah saya. Setiap masalah yang berlaku perlu diselesaikan dengan cara dewasa bukan kanak-kanak. Saya harap mereka akan jadi lebih matang.

Tambah Rihana, dia berharap pasangan hidupnya nanti boleh melayan telatahnya yang sentiasa melakukan ‘jenaka’. Paling utama, dia mahu setiap masalah yang berlaku di antara mereka dibincang dengan baik dan tidak mewujudkan perbalahan di antara satu sama lain. Rihana berharap pasangannya nanti akan sentiasa menjawab panggilan telefon dan tidak lari daripada masalah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan.

Di akhir posting tersebut, Rihana memberitahu bahawa agak sukar untuk dirinya mencari lelaki sedemikian. Namun begitu, dia meluahkan rasa syukur kerana dapat berfikir mengenai ciri-ciri lelaki idaman pada usia 29 tahun.

Sumber: Rihana Oksana Petra

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×