berita

Takde Idea Nak Hiburkan Anak-Anak Cuti Sekolah Ni? Nah 5 Idea Untuk Korang!

November 28th, 2019 | by Nurul
Sponsored Post

“Papa, mama bosanlah duduk rumah cuti sekolah ni. Jomlah jalan-jalan”.

Haa..rasanya inilah ayat yang paling kerap didengar bila tibanya cuti sekolah. Pada masa ni jugaklah, ibu bapa dah mula dilema nak bawak anak berjalan ke mana.

Kena pulak cuti panjang kita tak approve, memang cancel lah plan nak bawak keluarga bercuti. Siapa kata nak hiburkan anak-anak kena bawak bercuti jauh-jauh je. Nah, kami kongsikan idea buat korang yang buntu tu!

Movie day!

Kredit: Rojak Daily

Hujung-hujung tahun ni, memang banyak sangat filem kartun yang akan keluar di pawagam. Haa..apa kat hujung minggu tu korang luangkan masa dan bawak anak-anak tengok wayang. Mesti diorang excited dapat tengok filem kartun favourite diorang.

Lagi bagus kalau korang jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti mingguan. Anak-anak happy, korang pun lagilah happy!

Parti sleepover!

Kredit: SyahidaShukri

Zaman sekarang ni nak biarkan anak-anak keluar dengan kawan-kawan tanpa pengawasan kita macam bahaya pulak kan. Jadi apa kata korang jemput kawan-kawan diorang datang rumah dan berparti!

Haa..kalau nak lagi meriah, korang set lah apa-apa tema yang menarik macam tema baju tidur ke, tema princess atau tema bola dan buat pelbagai aktiviti seperti manicure, pedicure atau movie night. Mesti anak korang dan kawan-kawan dia enjoy sangat!

Petik buah di dusun..

Kredit: Umpan

Selalunya bila cuti sekolah, bukan anak-anak je yang cuti, mak bapak pun akan ambil cuti panjang. Time nilah nak balik kampung lama-lama. Dah alang-alang balik kampung tu, bawaklah anak-anak korang pergi dusun dan mandi sungai.

Yelah, kalau dekat bandar memang susah lah nak dapat peluang macam ni. Sambil-sambil tu, bolehlah ajar anak korang kenal buah-buah tempatan yang ada kat dusun tu.

Jom buat projek DIY!

Kredit: Impiana

Sebenarnya, kat rumah pun korang boleh cipta pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anak korang. Contohnya, make over bilik tidur anak ke, cat rumah, bertukang dan macam-macam lagi aktiviti. Alaa..korang bukak je YouTube atau Pinterest dan tiru je projek-projek DIY yang sedia ada.

Selain dapat tingkatkan skil anak-anak, bonding antara korang anak beranak pun dapat dieratkan!

Nak lagi best, jom ke Sunway Lagoon dan jumpa Captain Quack!

Sebut je Sunway Lagoon, mesti korang dah terbayang tengah bermandi manda di taman tema air terbesar di Malaysia ni kan? Kalau korang nak tahu, bermula 23 November sehingga 31 Disember 2019 ni, Sunway Lagoon akan mengadakan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat anak-anak anda!

Antara aktiviti yang diadakan adalah:

Cupcake Decoration Workshop

Saving The Magical Stones

Hop Scotch

Giant Soapy Bubbles

Acro-BATS

Water Zorb Balls

Kiddie Paddle Boats

Take Home Garden

Wahh, bestnya semua aktiviti ni! Mesti anak-anak korang terhibur sangat. Silap-silap taknak balik!

Bukan itu je tau, kat sana nanti, ada juga pelbagai maskot comel Sunway Lagoon seperti Captain Quack & Friends dan juga persembahan seperti Carnival Circus Special, ATV Stunt Show, Viral Load dan Beach Party. Mesti meriah sangat nanti!

Harga tiket mahal ke? Jangan risau, ada promosi istimewa ni!

Korang yang risau tentang harga tiket jangan risau. Lap peluh korang tu sebab sempena cuti sekolah dan Hari Krismas akan datang ni, Sunway Lagoon akan mengadakan promosi hebat dengan harga tiket yang sangat berpatutan dan berbaloi.

Pakej FAMFun RM 482 (NP: RM 744)
Tiket masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

Pakej 4 To Go RM 532 (NP: RM808)
Tiket masuk untuk 4 dewasa

*sah hanya untuk pembelian online dengan kad pengenalan SAHAJA

Kalau korang nak beli tiket masuk saja pun boleh. Korang beli je online dan nikmati diskaun RM5!

Tiket masuk Sunway Lagoon
Dewasa RM138
Kanak-kanak RM113

Apa tunggu lagi, jom jadikan cuti sekolah ini antara kenangan yang tak dapat dilupakan buat anak anda dan nikmati pengalaman yang menyeronokkan di Sunway Lagoon!

Untuk maklumat lanjut tentang harga tiket dan promosi terkini, layari laman web Sunway Lagoon.

SKIP THIS AD ×