berita

‘Takkanlah Kami Nak Nafi..’ – Wajah Anak Tersebar, Datuk K Luah Rasa Terkilan

March 20th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, penyanyi terkenal negara Dato Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi perempuan. Walau bagaimapun, Siti meminta sedikit waktu sebelum mendedahkan wajah anak mereka secara rasmi. Namun, lain pula jadinya apabila foto wajah anak penyanyi itu tersebar luas di media sosial pada malam semalam.

Artikel berkaitan : Sebar Wajah Bayi Perempuan Tokti, Seorang Dato’ Dihentam Netizen

Menerusi Berita Harian, suami kepada Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengesahkan gambar tersebar itu adalah anaknya. Dia turut melahirkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku.

Memang gambar anak kami

Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan gambar bayi dipangku seorang wanita, seperti yang tersebar di laman sosial adalah anak mereka.

Walau bagaimanapun dia melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Rasa terkilan

Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas.

Terdahulu, pasangan itu turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.

Bukan nama kekal

Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih.

Datuk K turut memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×