berita

Takut Berjangkit Covid-19, Bayi 18 Bulan Dibiarkan 2 Hari Dengan Mayat Ibu

May 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Satu kejadian yang menyayat hati berlaku di Maharashtra, India apabila seorang bayi ditemui menangis kelaparan di sisi jenazah ibunya yang telah dua hari meninggal dunia.

Bayi 18 bulan ditemui disisi jenazah ibunya

Akibat daripada peningkatan kes COVID-19 di India, tiada siapa pun berani mendekati rumah wanita tersebut kerana takut dijangkit virus COVID-19.

Menurut laporan India Times, bayi yang berusia 18 bulan ditemui di sisi jenazah ibunya oleh pihak polis yang telah memecah masuk  bagi meninjau keadaan di dalam rumah berkenaan.

Wanita tersebut dipercayai telah meninggal dunia pada Sabtu lalu dan menyebabkan anaknya tidak dapat makanan serta minuman sejak hari kejadian itu.

Punca kematian masih belum diketahui

Walau bagaimanapun, setelah menyelamatkan bayi berkenaan, pihak polis telah memberikan makanan serta susu sebelum membawanya untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Hasil ujian mendapati bayi berkenaan negatif daripada virus COVID-19. Punca kematian ibunya masih belum diketahui lagi sama ada berkaitan dengan virus tersebut ataupun tidak.

Wakil daripada pihak polis tempatan mengatakan bahawa suami kepada wanita berkenaan tidak berada di tempat kejadian kerana telah pergi ke Uttar Pradesh atas urusan kerja.

Sumber : India Times

SKIP THIS AD ×