berita

Takut Ditangkap Khalwat, Pelajar IPT Menipu Sebagai Pengusaha Kebun Buah

February 8th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) sanggup menipu identitinya sebagai seorang pengusaha kebun buah ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berkhalwat di sebuah hotel murah di pusat bandar Melaka, malam semalam (Selasa).

Artikel Berkaitan: 8 Tahun Bersekediaman, Pasangan Beri Alasan Enggan Rujuk Kerana Tiada Hati

Artikel Berkaitan: Kekasih Mengaku Adik-Beradik Dicekup JAIM, Bagi Alasan Nak Rehat Di Hotel

Berdolak dalik dan menipu

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Che Sukri Che Mat, pasangan itu berjaya ditahan susulan maklumat orang awam pada tengah malam berkenaan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan.

Ketika disoal siasat, lelaki itu cuba menipu pihak berkuasa dengan mendakwa dia bekerja sebagai pengusaha kebun buah di Selangor. Namun, selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, dia dan pasanganya akhirnya mengakui mereka merupakan pelajar tahun akhir bagi Ijazah Sarjana Muda di sebuah IPT di Melaka.

Difahamkan, pasangan yang masing-masing berusia 24 tahun itu mengaku tiada hubungan mahram dan belum berkahwin. Tambah Che Sukri lagi, pasangan berkenaan turut memberikan alasan hanya sekadar berehat di hotel itu selepas penat berjalan-jalan di pusat beli-belah.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke pejabat JAIM. Malah, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×