berita

Takut Ditangkap Orang Kampung, Pencuri Duduk Atas Bumbung 6 Jam, ‘Dijemput’ Turun Guna Kren

December 3rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam di Kampung Pasir Putih, Johor Bahru, seorang lelaki bertindak memecah masuk rumah milik bilal Masjid Jalil Hassan. Namun, lelaki itu tidak sempat ‘mencuri’ apabila dia terperangkap di bumbung rumah tersebut.

Terperangkap 6 jam

Menerusi laporan Kosmosuspek yang berusia lingkungan 40-an tidak ‘sempat’ memasuki rumah tersebut kerana terperangkap di atas bumbung selama enam jam. Suspek berjaya diberkas pada pukul 8.30 pagi selepas dikepung oleh penduduk kampung.

Bilal tersedar daripada tidur selepas dia terdengar bunyi bising atas bumbung rumahnya, dia ingat haiwan seperti kucing atau musang tetapi terkejut selepas mendapati ada kelibat manusia.

Cemas dengan apa yang terjadi, bilal tersebut bertindak mengejutkan ahli keluarga yang lain serta jiran-jiran terdekat. Ekoran daripada itu, lelaki itu tidak sempat melarikan diri. Saksi ketika kejadian yang dikenali sebagai Sazli Raping, menceritakan suspek ketika itu cuba memecah masuk rumah tersebut kira-kira pukul dua pagi, melalui bumbung rumah.

Dia takut nak terjun.

Telah ditahan

Gambar sekadar hiasan

Penduduk kampung terus bertindak menghubungi pihak polis bagi tindakan selanjutnya. Pada mulanya, lelaki itu tidak mahu turun dari bumbung tersebut walaupun sudah dipujuk oleh pihak polis. Malahan, pihak polis terpaksa meminta bantuan daripada pasukan bomba bagi menyembur air kepada lelaki tersebut.

Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil, dan pihak polis terpaksa meminta bantuan syarikat pembinaan berhampiran bagi menggunakan kren untuk menurunkan lelaki itu.

Lelaki itu ditangkap dengan bantuan kren untuk turunkannya, mungkin dia rasa takut diapa-apakan penduduk kampung sebab itu dia rela duduk atas bumbung berjam-jam. Kami pun tidak kenal lelaki itu dan percaya dia merupakan orang luar dari kampung kami.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×