berita

Takut Kena Halau Dari Rumah Ayah Ibu, Ayu Ting Ting Ikut Jejak Langkah Tanam Benang Di Hidung

September 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penampilan Ayu Ting Ting kini kelihatan berbeza dengan rambutnya yang berambut perang. Namun, bukan itu semata yang berubah pada pelantun lagu Sambalado.

Tanam benang di hidung

Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina mengaku menjalani rawatan tanam benang di wajahnya.

Perkara itu didedahkan ketika menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan yang bertajuk ‘Implan atau Filler’ yang dihoskan oleh Feni Rose di saluran YouTube.

Dalam temu bual itu, Feni memaksa Ayu Ting Ting untuk membuka pelitup mukanya untuk melihat keaslian wajah penyanyi tersebut. Lantas Feni bertanya sama ada dia melakukan ‘filler’?

Baru-baru ini saya buat rawatan tanam benang di hidung. Ayah dan ibu juga pernah buat rawatan yang sama.

Takut kena usir dari rumah

Ketika ditanya sama ada Ayu Ting Ting mengikuti jejak langkah kedua orang tuanya untuk melakukan rawatan tersebut.

Kalau tidak aku diusir.

 

Sumber: Liputan6

SKIP THIS AD ×