berita

Takwim Persekolahan Tahun Depan Bermula 20 Januari 2021

August 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Menteri Pendidikan iaitu Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi kenyataannya di Dewan Rakyat berkata sesi pembukaan penggal pertama persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2021 dimuktamadkan pada hari Rabu, 20 Januari 2021.

Pembukaan penggal pertama persekolahan dibuka lewat berbanding tahun kebiasaan ekoran pandemik Covid-19 yang turut memberi kesan kepada takwim persekolahan.

Ambil kira pelbagai aspek

Memetik laporan Harian Metro, takwim persekolahan pada tahun 2020 dipinda dengan mengurangkan cuti akhir tahun dan tempoh pembelajaran.

Perancangan yang dibuat tidak boleh hanya tertumpu untuk tahun ini sahaja. Ini kerana kesan pandemik Covid-19 kepada sektor pendidikan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Seperti yang saya maklumkan ketika sidang media pada 1 Julai lalu, KPM akan menyediakan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 dengan mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Adalah dimuktamadkan, pembukaan penggal pertama persekolahan untuk 2021 bagi semua sekolah di seluruh negara adalah ditetapkan pada Rabu, 20 Januari 2021.

Akan dinormalkan semula

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merancang sesi persekolahan pada 2021 perlu dilewatkan kerana peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sendiri berlangsung lewat.

Apabila banyak keluhan, kami tidak mengambil kira keadaan guru, murid dan sebagainya, kita mengambil pendirian biarlah kita menyiapkan dahulu proses tatacara itu supaya ia berjalan dengan baik dan lancar dan sesi persekolahan tahun ini dapat ditamatkan dengan baik.

Mengambil kira keseluruhan takwim 2021, cuti sekolah akan dinormalkan semula. Yang mana hilang itu kita akan mengatur sedikit sebanyak pada tahun akan datang.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×