berita

Talak Isteri Pertama Ketika Hamil 9 Bulan, Pemain Bola Tibai Isteri Baru Sampai Lebam Satu Badan?

July 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto Alfath dan Nadia Christina: Voi

Nama pemain bola sepak Indonesia iaitu Alfath Fatheir sebelum ini pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial berikutan dengan tindakannya yang menceraikan isteri, Ratu Rizky Nabila ketika wanita itu sedang sarat hamil 9 bulan sebelum mengahwini seorang janda muda, Nadia Christina.

Alfath kahwin baru

Foto Nadia Christina dan Alfath (Suara.com)

Memetik laporan Tribunnews, perbuatan kejam tersebut tidak terhenti di situ, Ratu juga mendakwa bekas suaminya itu pernah mengasarinya ketika di awal kehamilan. Alfath juga dipercayai tidak mengaku bayi dalam kandungan Ratu adalah darah dagingnya sendiri. Malah dia juga pernah mencabar bekas isterinya itu untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan siapakah bapa kandung bayi dalam kandungan tersebut.

Lebih mengejutkan apabila pemain bola sepak negara seberang ini kemudian bertindak menikahi wanita muda, Nadia Christina yang ketika itu berstatus janda. Hal ini sekaligus membuatkan ramai orang menuduh Nadia sebagai ‘perampas’ yang merosakkan hubungan rumah tangga Alfath dan Ratu. Menurut sumber, Alfath dan Nadia Christina telah mendirikan rumah tangga sekitar bulan April yang lalu.

Lebam satu badan

Foto Nadia Christina (Hot Detik)

Ibarat pisang berbuah dua kali. Baru beberapa bulan bergelar suami isteri, sudah ada berita yang tidak sedap didengari mengenai rumah tangga pasangan ini. Nadia mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Alfath dipercayai telah memukul Nadia sehingga wanita ini mengalami lebam-lebam pada seluruh badannya.

Saya hanya ingin memberitahu anda fakta-fakta tentang bagaimana Alfath Fathier, tidak mahu memfitnah. Saya hanya ingin memberitahu anda bahawa saya tidak boleh naif seperti semuanya baik-baik saja. Saya bosan menjadi perisai untuknya, dari keburukan dan drama. Saya trauma pada diri sendiri, dia bertindak baik-baik saja seperti tiada apa berlaku.

Dakwa Nadia lagi, dia tidak tahu mengapa suaminya itu bertindak sedekimian. Apa yang boleh dikatakan, Alfath akan bertindak ganas setiap kali dia marah tanpa alasan yang jelas.

Sementara itu, Alfath menerusi akaun Instagramnya menafikan kesemua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dakwa pemain bola sepak ini lagi, isterinya itu hanya ingin mencari publisiti sahaja dengan menjaja cerita rumah tangga di media sosial.

Selesaikan secara baik dan tidak usah menceritakan keburukan orang kerana saya pun menjaga dan menutup keburukan awak.

Posting Nadia Christina

Foto: Tribunnews

Respon Alfath

Foto: Tribunnews

Sumber: Tribunnews, Hot Detik

SKIP THIS AD ×