berita

Talian Bantuan Kesihatan Mental Ditubuhkan Hasil Kerjasama Pihak MIASA & Yayasan Sime Darby

October 17th, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023, talian bantuan MIASA-YSD telah dilancarkan hasil daripada kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) dan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) pada 11 Oktober yang lalu.

Pelancaran ini diadakan untuk tangani isu kesihatan mental di Malaysia, berfungsi sebagai talian hayat, menawarkan bimbingan, sokongan dan laluan ke arah pemulihan dengan membawa tema ‘Kesihatan Mental Adalah Hak Asasi Manusia Sejagat’.

Talian sokongan 24jam untuk pesakit kesihatan mental

Talian Bantuan MIASA-YSD dikatakan beroperasi sepanjang masa, dan akan dikendalikan oleh sukarelawan terlatih yang akan memberikan sokongan kesihatan mental segera kepada semua orang yang memerlukan.

Talian bantuan ini korang boleh akses melalui nombor talian hotline 24 jam (1-800-180-066) dan melalui WhatsApp (03-97656088) mengikut pilihan yang korang rasa selesa dan sesuai.

Pelancaran rasmi Akademi MIASA

Selain itu, terdapat satu platform pendidikan yang menawarkan pelbagai program, termasuk bengkel Latihan Kemahiran Intervensi Bunuh Diri Gunaan (ASIST), program Peguambela Muda untuk Kesihatan Mental, dan pelbagai ceramah serta bengkel berkaitan kesihatan mental. 

Ini bertujuan untuk menyiapkan korang dan komuniti dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani cabaran kesihatan mental dengan berkesan secara individu.

 

YAM Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar turut mengajak semua untuk bersatu demi menciptakan dunia di mana kesihatan mental dihargai, dilindungi, dan dirayakan oleh semua orang. 

“Kesihatan mental bukan sekadar hak istimewa, tetapi ianya adalah hak asasi setiap individu, tak kira siapa mereka, berapa usia mereka, atau dalam keadaan apa pun”.

 

MIASA dan YSD juga mengumumkan inisiatif pemberian dua biasiswa pasca-siswazah kepada individu yang berkomitmen dalam upaya memajukan kesehatan mental dengan fokus pada masyarakat.

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden Pengasas MIASA Puan Anita Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YSD Dr Hjh Yatela Zainal Abidin, Presiden OKU Sentral Datuk (Dr) Ras Adiba Mohd Radzi, Peguambela Kesihatan Mental Selebriti Dato’ Aaron Aziz, dan wakil daripada pelbagai organisasi masyarakat sivil.

Semoga melalui inisiatif ini, masyarakat Malaysia dapat semakin menghargai dan menyokong kesihatan mental, serta bersama-sama menciptakan dunia yang lebih peduli terhadap isu ini.

SKIP THIS AD ×