Semalam, viral di media sosial mengenai sebuah video yang menyaksikan seorang jurulatih bola tampar telah menampar dua orang pemainnya yang berusia bawah 14 tahun.
Berikutan daripada itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil tindakan tegas apabila menggantung sementara jurulatih pasukan Melaka itu.
Digantung sehingga siasatan selesai
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh MAVA, pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu segera.
Buat masa ini jurulatih itu digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai. Mava sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas tindakan seorang jurulatih yang dirakam menampar pemainnya ketika perlawanan. Menurut Hannah, beliau sudah menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan mereka sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung insiden itu.
Kenyataan media
Sumber: Persatuan Bola Tampar Malaysia