berita

‘Tampar, Pukul & Baling Kerusi’- Video Amukan Seorang Pemuda Di Premis Makanan

December 30th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Di twitter, video seorang pemuda yang mengamuk di premis makanan jadi bualan netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tindakannya menampar serta memukul seorang lelaki.

Insiden itu masih tidak diketahui punca, namun perlakuan pemuda itu dilihat tidak wajar dan biadap. Malah orang ramai berharap agar pihak polis mengambil tindakan terhadap pemuda tersebut.

Tampar

Video berdurasi 55 saat tersebut mendapat pelbagai respon orang ramai yang marah dengan tindakan seorang anak muda yang secara tiba-tiba menampar muka seorang pakcik. Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah premis restoran mamak di Puchong, Utama.

Walaupun masih tidak diketahui punca, namun tindakan pemuda boleh dikatakan tidak wajar kerana merosakkan harta benda milik restoran terbabit dengan mengamuk baling kerusi. Haish.

Netizen geram

Berdasarkan komen-komen dari netizen, pemuda itu didakwa tidak waras dan mempunyai sijil gila. Malah mereka juga meminta agar orang ramai tidak sebarkan video yang menyebabkan orang ramai salah faham.

Ada sijil gila

Sumber : Sanjeevan

 

SKIP THIS AD ×