berita

Tampil Berbeza Dalam Video Klip Terbaru, I Am Neeta Sudah Jatuh Cinta?

March 20th, 2014 | by Noraniza
Video Popular

i am neeta

Nama I Am Neeta mula menjadi bualan orang ramai apabila dua buah lagunya ‘Tuhan Tolong Aku’ dan ‘Terima Kasih’ berjaya mencuri hati penggemar muzik Malaysia.

Namun, jika sebelum ini mereka tampil dengan imej underground dalam setiap video klip, kali ini perwatakan yang lebih matang ditonjolkan dalam lagu terbaru mereka, Jatuh Cinta.

I am neeta

Neeta juga tampil lebih feminin dalam video klip ‘Jatuh Cinta’

Video klip yang diarahkan oleh Khairi Shahri ini berkisarkan mengenai seorang wanita dilamun cinta dengan seorang jejaka yang tidak pernah diduga.

Bersesuaian dengan tema lagu ‘Jatuh Cinta’, video klip ini telah berjaya menimbulkan mood romantis dan memberi emosi percintaan kepada penonton.

I am neeta

Latar belakang video klip ‘I Am Neeta’

Dengan hanya menggunakan latar sebuah rumah berwarna putih, kelainan yang dibawa dalam video klip ini dilihat memberi nafas baru kepada muzik I am Neeta.

Digarap sepenuhnya oleh Patrick Anohada, keindahan melodinya dan susunan lirik lagu ini dilihat mampu meruntun jiwa pendengar. Apakata mari kita tonton dan nikmati lagu ‘Jatuh Cinta’ ini!