berita

Tampil Berbeza & Serlahkan Gaya Macho Korang Dengan Rado Captain Cook Raya Ini!

May 7th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Sebut je pasal raya, mesti dalam kepala dah terbayang segala kelengkapan seperti kuih raya, baju raya, duit raya dan macam-macam lagi. Kalau perempuan, dah nak dekat raya tu mesti sibuk nak cari tudung yang sedondon dengan warna baju. Bagi si jejaka pula, jangan lupakan jam tangan. Barulah lengkap gaya korang dan ekstra kacak di pagi raya nanti.

Buat korang yang masih tercari-cari lagi jam tangan idaman kalbu, Rado memang satu jenama yang tak asing lagi. Tahun ini, Rado muncul dengan koleksi Captain Cook High Tech Ceramic yang memang berbeza dan berinovasi tinggi! Jom kami kongsikan apa yang menarik..

Captain Cook- Unik dengan rekaan inovatif!

Kalau korang nak tahu, jam tangan Rado Captain Cook High Tech Ceramic ni dilancarkan buat pertama kalinya dalam pilihan Master of Material iaitu Seramik Berteknologi Tinggi. Ianya dihasilkan daripada penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan sejarah dan tradisi Rado Captain Cook.

Bukan itu saja, koleksi Captain Cook ini juga adalah satu rekaan inovatif di mana ia menggunakan sarung monoblok seramik berteknologi tinggi, tahan calar dan hypoallergenic. Ia juga dikuasakan oleh Rado berkaliber R734 premium yang menampilkan teknologi mekanikal Nivachron™.

Lebih menarik, teknologi inovatif ini dapat melindungi jam tangan ini dari sebarang medan magnet. Dail dan penutup belakang yang diperbuat dengan kristal nilam berwarna hitam pula pasti dapat menyerlahkan penampilan si pemakai!

Captain Cook dalam 4 versi berbeza!

Selain itu, Rado Captain Cook High Tech Ceramic juga mempunyai empat versi yang berbeza, di mana kesemuanya berukuran 43mm dan mempunyai kuasa rizab sehingga 80 jam serta ketahanan air sedalam 300m.

1. Versi pertama didatangkan dalam sarung dan tali seramik berteknologi tinggi hitam dengan bezel keluli tahan karat yang keras dan sisipan seramik berteknologi tinggi berwarna hitam.

2. Model kedua pula mempunyai casing dan dail yang sama tetapi ditawarkan dengan pilihan tali getah bagi mereka yang lebih suka berpenampilan lebih kasual. 

3. Versi ketiga pula direka dalam casing dan tali seramik berteknologi tinggi berwarna hitam dilengkapi dengan bezel keluli tahan karat bersalut PVD berwarna rose gold serta sisipan seramik berteknologi tinggi berwarna hitam. 

4. Sedikit berbeza bagi versi keempat, di mana ia dilengkapi dengan casing dan tali plasma seramik berteknologi tinggi dengan bezel keluli tahan karat dan sisipan seramik berteknologi tinggi berwarna biru.

Mesti ramai yang dah jatuh cinta dengan rekaan dan kecanggihan jam tangan Rado Captain Cook High Tech Ceramic ni kan? Korang juga boleh pilih versi jam tangan ni mengikut gaya dan stail korang. Nak jadikan hadiah buat yang tersayang pun boleh. Senyum sampai ke telingalah siapa yang dapat Rado Captain Cook High Tech Ceramic ni sebagai hadiah!

Apa tunggu lagi, jom jadikan jam tangan Rado Captain Cook High Tech Ceramic ni sebagai koleksi korang! Bolehlah melaram sakan raya nanti!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Rado ataupun kunjungi Butik Rado di:

  • Lot 2.60.00, Pavilion Kuala Lumpur +603-2148 0011
  • Lot 133B, First Floor, Suria KLCC +603-2161 8388
  • Lot 170-G-KB, Gurney Plaza +604-2293 683
  • Lot G19 – G20, Ground Floor, Suria Sabah +6088-214 648
  • Lot T2A-38, Level 2A SkyAvenue, Genting +60361011611

#RadoCaptainCook #Feelit

SKIP THIS AD ×