berita

Tampil Cantik Berseri Di Program Bual Bicara, Lisa Surihani Kongsi Tips Peribadi!

December 12th, 2019 | by Epul
Kecantikan

Alahai cantiknya kulit Lisa ni, tak macam mak anak dua pon. Jealous sangat!

Siapa je yang tak cemburu dengan kulit wajah aktress terkenal Lisa Surihani? Walaupun dah memasuki usia 30-an tapi kulit wajahnya tetap nampak cantik dan kalau tampil tanpa make-up pon, kulit Lisa tetap nampak sihat dan lembap.

Korang pun mesti teringin memiliki kulit wajah yang bersih, cantik dan sihat macam Lisa ni kan? Tapi dengan faktor cuaca, keadaan persekitaran dan pemakanan, macam mana Lisa kekalkan penjagaan kulit wajahnya? Haa.. Kali ni kami tanya Lisa sendiri apa rahsianya untuk mendapatkan kulit wajah begitu. Yelah, siapa yang tak nak cantik macam Lisa kan?

Jangan pernah tidur dengan solekan

“Pastikan jangan tidur dengan solekan, bila nak bersihkan solekan atas muka, buat dengan gentle, terutamanya di bahagian mata”- Lisa

Kerjaya sebagai selebriti memerlukan Lisa Surihani untuk sentiasa mengenakan solekan untuk tampil bergaya dihadapan media dan peminat. Oleh sebab itu, Lisa amat menekankan penjagaan kulit wajah, terutamanya selepas mengenakan make up bagi memastikan kulit wajah dapat bernafas.

Menurut Lisa, sekiranya penjagaan kulit wajah tidak dilakukan secara konsisten, kulit wajah akan berisiko ditumbuhi bintik-bintik kecil, muka lebih berminyak dan menjadi penyebab pori tersumbat. Tambahan pula, dia sering mengenakan make up tebal untuk jangka waktu yang lama.

Banyakkan minum air kosong

Selain daripada penjagaan wajah, Lisa turut menjaga pemakanan sehariannya. Dia tidak akan mengambil sebarang makanan atau minuman selepas jam 10 malam, selain banyak minum kosong.

Tambah Lisa lagi, dia turut mengamalkan makanan sihat seperti mengambil banyak sayur-sayuran dan ulam, kerana dia percaya makanan yang sihat dapat membantu menjaga kulit daripada dalaman.

Pilih produk penjagaan wajah yang disarankan oleh dermatologi

 

Bagi produk penjagaan wajah pula, Lisa sangat menitikberatkan produk yang digunakan. Lisa hanya akan memilih produk penjagaan wajah yang memberikan rasa lembut pada kulit wajahnya dan paling penting selamat digunakan. Keyword yang digunakan untuk memilih produk penjagaan wajah ialah “gentle” dan “dermatologist recommended” / “trusted by dermatologist”. 

Cuci muka 2 kali sehari

“Lisa sarankan untuk menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka dan bersihkan solekan, dan Cetaphil Moisturising Lotion untuk bahagian muka dan juga badan”

Macam mana sibuk sekalipun dengan aktiviti seharian, jangan pernah malas untuk mencuci wajah sekurangnya dua kali sehari. Hanya wajah yang bersih mampu menyihatkan kulit.

Sebab tu lah Lisa akan mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk membersihkan kulit muka, kemudian dia akan menggunakan Cetaphil Moisturising Lotion untuk tambah kelembapan dan perlindungan kulit.

Nak penjagaan kulit macam Lisa? Gunalah produk Cetaphil!

Jangan risau kalau tak boleh nak cantik macam Lisa, tapi siapa yang tak nak kulit wajah macam Lisa kan? Haa.. Dengan Cetaphil korang dah tak perlu risau semua tu! Cetaphil terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan yang membersih dan melembutkan kulit wajah, selain bebas dari wangian, sabun dan lanolin. 

Apa yang best dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni ialah ia tak memedihkan mata dan membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit. Formulasinya juga berkesan untuk semua jenis kulit, termasuklah bayi dan mereka yang berkulit sensitif kerana mempunyai pH yang seimbang.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni jugak sesuai untuk mencuci solekan ringan dan bersifat tak comedogenic. Jadi, ia taklah menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Paling penting mengenai produk Cetaphil ini ialah ia sesuai untuk semua jenis kulit dan disyorkan oleh pakar dermatologi. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), menunjukkan 99% wanita yang menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersetuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Nak tau lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh tengok kat sini. Produk Cetaphil ni ada dalam pelbagai saiz bagi memudahkan korang nak bawa ke mana-mana. Mudah kan?

So, nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat macam Lisa Surihani? Jomlah gunakan Cetaphil.

SKIP THIS AD ×