berita

Tampil Ceria & Bergaya Dengan Rekaan Retro Klasik Tissot PRX Powermatic 80!

September 22nd, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kalau korang perasaan, fesyen retro dah semakin popular dan diterima ramai pada masa kini. Ramai pereka fesyen mengambil semula reka bentuk lama dan berikan nafas baru, ini termasuklah rekaan jam tangan Tissot PRX Powermatic 80 ni!

Mesti korang jatuh cinta punya. Nak tahu kenapa? Jom admin kongsikan!

Tissot PRX Powermatic 80, rekaan seolah-olah kembali ke zaman 70-an!

Sekali tengok, design Tissot PRX Powermatic 80 ni macam jam tangan zaman mak ayah kita dulu, tetapi klasik bukan sebarang klasik tau!

Kalau korang nak tahu, Tissot PRX Powermatic 80 ni diinspirasikan dari jam tangan keluaran Tissot sebelum ini iaitu sekitar tahun 1978 dan merupakan salah satu jam tangan mewah pertama dengan gelang besi keluli.

Sarung jam ini diperbuat dari keluli tahan karat dengan kemasan satin dan dail bercorak kotak-kotak timbul yang didatangkan dalam 3 warna pilihan iaitu hitam, biru dan perak.

Manakala, terdapat dua warna bagi bezel kelulinya iaitu rose gold dan juga perak yang menyerlahkan lagi reka bentuk tahun 70-an.

Lebih cool, jarum jam dan minit didalam Tissot PRX Powermatic 80 ini pula disalut dengan Super-LumiNova®. Jadi, kalau korang nak tengok jam dalam gelap pun, takde masalah!

Rizab kuasa lebih lama, kalis air & tahan lasak!

Yang lebih menarik, jam tangan ini dikuasakan oleh pergerakan pergelangan tangan si pemakai dan pergerakan Powermatic 80 pula mempunyai rizab kuasa selama 80 jam!

Ini bermakna kalau korang tak pakai jam tangan ni selama 3 hari pun, ia masih boleh memberitahu masa dengan tepat.

Ia juga dilengkapi dengan spring pengimbangan Nivachron, dimana dapat menjamin prestasi anti-magnetik yang sangat baik.

Bukan itu je, ia juga merupakan jam tangan yang tahan lasak, anti calar, kalis air dan mampu berada pada kedalaman sekitar 100 meter dibawah permukaan air. Hebat!

Pastikan Tissot PRX Powermatic 80 ada dalam koleksi korang!

Rekaannya yang vintage, kemas tetapi disuntik dengan ciri-ciri teknikal moden mampu menyerlahkan lagi gaya sofistikated dan melengkapkan penampilan si jejaka dari semua peringkat umur!

Jadi, apa tunggu lagi, buat pengumpul jam tangan, jom tambah Tissot PRX Powermatic 80 dalam koleksi peribadi korang dan tampil bergaya, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Korang boleh dapatkan jam tangan Tissot PRX Powermatic 80 ni secara dalam talian di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Tissot dan follow Facebook mereka untuk sebarang updates terkini!

SKIP THIS AD ×