Setelah dua tahun bersiaran dan memberikan input terbaik kepada para pendengar, Buletin FM kini tampil dengan imej baharu dan dikenali sebagai Kool 101.
Tampil dengan tagline ‘Semasa dan Sosial’, Kool 101 akan menampilkan pengisian yang lebih segar dan intelek, dengan perbincangan isu semasa dan sosial yang lebih santai, mudah difahami dan lebih menepati citarasa mereka.
Artikel Berkaitan: RIPPLE Perkenal Barisan Penyampai Radio Segmen Pagi Baharu
Tampil dengan pelbagai pembaharuan
Demi memastikan terus mendapat tempat di hati pendengar, Kool 101 didatangi dengan pelbagai pembaharuan seperti dari segi segmen, penyampai radio dan lain-lain lagi.
Antara segmen yang bakal menyedapkan halwa telinga pendengar ialah segmen pagi, Pagi on Point yang akan dibawakan oleh Haiza dan Muaz bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi manakala segmen petang iaitu PM Kool 101 akan dibawakan oleh Hanif dan Marsila bermula jam 2 petang hingga 7 malam.
Pastinya, gandingan penyampai radio yang baharu ini akan memberi kelainan dan pembaharuan kepada pendengar yang mendengarkan Kool 101.
Buat para pendengar, anda boleh mendengar siaran radio ini menerusi frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang, 90.2 FM di Penang, 107.3 FM di Alor Setar dan 104.3 FM di Sarawak.
Bukan itu sahaja, para pendengar juga boleh mendengar Kool 101 secara live streaming di www.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV.