Industri hiburan Indonesia sekali lagi jadi bualan ramai apabila penyanyi Afgan tampil membuat persembahan duet bersama peserta Mark di pentas Indonesia Idol: Home Of The Idols. Malah, kehadiran Afgan pada malam tersebut telah membuatkan juri tetap iaitu penyanyi Ayat-Ayat Cinta, Rossa tersenyum lebar.
Bukan itu saja, juri-juri yang lain turut mengusik Rossa dan Afgan sehingga membuatkan mereka berduet bersama.
Afgan sangat gentlemen!
Memetik laporan Kompas.com, usai tamat persembahan duet Mark dan Afgan itu, barisan juri tetap yang lain mengusik Rossa dan memintanya untuk memberi kritikan terhadap persembahan itu. Hubungan Afgan dan Rossa difahamkan mulai rapat apabila Afgan pernah untuk menyelesaikan masalah peribadi penyanyi Ayat-Ayat Cinta Itu.
Ari Lasso turut mengakui penampilan Afgan pada malam itu kelihatan sangat gentlemen dan mempunyai kelainan apabila dia tidak mengenakan cermin mata.
Duet Afgan dan Rossa
Bukan itu saja, bagi memenuhi permintaan barisan juri dan pengacara, Rossa tampil nyanyi lagu duet bersama Afgan secara spontan menerusi lagu Siapakah Kau Tuk Jatuh Cinta Lagi. Afgan turut mengakui dia sering ke rumah Rossa dan meluangkan masa dengan aktiviti bernyanyi bersama-sama.
Malah, dia akhir persembahan ini turut menyaksikan Afgan berpelukan dengan Rossa dan memberikan senyuman manis kepada penyanyi wanita itu.
Sumber: Indonesia Idol