berita

Tampil Imej ‘Bertanduk’, Netizen Nasihat Fasha Sandha Jangan Terlalu Ikut Budaya Barat – ‘Niat Tak Halalkan Cara’

November 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan pelakon cantik, Fasha Sandha memuat naik beberapa foto di Instagram memaparkan dirinya berbusana ala watak Maleficent lakonan Angelina Jolie telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

‘Just for fun’

Menerusi ruangan kapsyen perkongsian tersebut, Fasha memberitahu bahawa busana yang digayakan mereka itu adalah bersempena majlis di ‘Kejirananku Bukan Kejirananmu’ yang bertemakan pakaian beragam dan karakter.

Just for fun (hanya untuk suka-suka).

Namun perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berpendapat fesyen yang digayakan Fasha sekeluarga serta jiran tetangganya seperti mendapat sentuhan ala sambutan Halloween. Ramai dalam kalangan netizen mula mengecam pelakon berusia 38 tahun ini yang dikatakan terlalu mengikut budaya barat malah ada segelintir daripada mereka sempat memberi nasihat supaya Fasha menjaga batas sebagai seorang Muslim. Fasha bagaimanapun terpanggil untuk membalas satu komen netizen yang menuduhnya menyambut hari Halloween.

Ada bukti kitaorang sambut Halloween ke? Atau macam mana? Sekarang saya nak cakap dekat awak, tak baik fitnah. Rugi je kalau penampilan nampak solehah tapi fitnah. Anyway, thanks.

Komen netizen

Sumber: Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×